Cabang

Ahad, 17 Oktober 2010

Pengundi-pengundi Baru...mana daftar online?


32,927 kes tertunggak telah selesai: KDN

GUA MUSANG – Kementerian Dalam Negeri (KDN) berjaya menyelesaikan 32,927 kes permohonan pengesahan warganegara tertunggak dari 1997 hingga 2006 pada 2009 menerusi badan petugas.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Lee Chee Leong berkata, jumlah permohonan diterima sejak 2007 hingga 2009 sebanyak 29,677 dan 4,000 permohonan masih dalam tindakan dan akan diselesaikan selewat-lewatnya penghujung tahun ini.

“Permohonan semasa yang diterima sepanjang 2010 (sehingga 1 Oktober 2010) berjumlah 8,826. Semua permohonan ini akan diselesaikan selewat-lewatnya pada 2012,” katanya kepada media selepas Penyerahan Sijil Pengesahan Kewarganegaraan Malaysia kepada 20 pemohon di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina, Gua Musang di sini, semalam.

Chee Leong berkata, ramai dalam kalangan anggota masyarakat kini yang tidak mengetahui taraf kerakyatan, khususnya bagi pasangan yang berkahwin warga asing.

“Kebanyakan daripada mereka menyangka apabila apabila lahir dan membesar di Malaysia, mereka mempunyai tuntutan taraf kewarganegaraan Malaysia, sedangkan kelayakan sebenar bergantung kepada taraf kewarganegaraan ibu atau bapa mereka,” katanya.

Pada sidang media sama, Chee Leong berkata, KDN mewujudkan Petunjuk Prestasi Utama (KPI) bagi setiap jabatan dan agensi di bawahnya bagi memastikan semua agensi kementerian itu bekerjasama dalam menyelesaikan setiap permohonan dan kes yang dikendalikan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)