Cabang

Jumaat, 8 Oktober 2010

PRK Galas : Muslimat Pas sedia gempur

KUALA LUMPUR, 8 Okt: Dewan Muslimat PAS Pusat (DMPP) akan memastikan seluruh jenteranya di semua peringkat terlibat dalam gerak kerja pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (Dun) Galas.

Ketuanya, Ustazah Nuridah Salleh berkata, DMPP sudah bersiap sedia memberikan bantuan kepada Kelantan bagi memenangkan calon PAS yang akan ditentutan kepimpinan parti.

"Muslimat sudah bersiap sedia menghadapi pilihan raya kecil Dun Galas dan akan mengarahkan seluruh jentera turun dan mengembeling tenaga semaksima mungkin di seluruh peringkat untuk membantu jentera pilihan raya PAS Kelantan bagi memastikan kerusi Dun Galas dapat dipertahankan," kata Nuridah kepada Harakahdaily hari ini.

Beliau yang juga ketua Muslimat PAS Wilayah Persekutuan optimis PAS dapat mempertahankan kerusi Dun Galas dengan majoriti yang lebih besar jika semua isu melibatkan salah laku Umno/BN disebarkan kepada rakyat Kelantan sepanjang tempoh kempen.

selanjutnya di harakahdaily

Nota galas : Tidak dapat dinafikan kerja kuat daripada golongan muslimat banyak membantu kemenangan yang dicapai Pakatan Rakyat. Jangan dilupakan juga bantuan wanita Umno dalam memenangkan Barisan Nasional di setiap kali pilihanraya diadakan.

Cuma yang membezakan di antara mereka adalah ‘habuan’ yang akan mereka dapat setelah kembali daripada bertugas nanti. Ada yang mengimpikan habuan material dan ada yang mengidamkan ‘habuan’ yang telah dijanjikan Allah bagi mereka yang membantu untuk kemenangan Islam.

Semoga penduduk di Galas berbesar hati dengan kedatangan tetamu ke halaman mereka. Jangan pula ada yang tidak menghargai bantuan dan sokongan yang ingin dicurahkan kerana menganggap mereka lebih faham dan masak dengan masyarakat setempat sehingga mengenepikan peranan dan sumbangan orang lain.

Akhirnya nanti, jadilah seperti sahabat penulis yang suatu ketika bersungguh untuk berkhidmat kepada agama, bangsa dan Negara, pulang dengan berhabis duit membeli buah tangan kerana tiada kerja untuk ‘orang luar’, “semua kerja kami boleh buat, mu maghi makan jah. Penulis memang suka selalu begini, tapi bagaimana penyokong-penyokong yang lain.

Tugas menggalas kemenangan boleh bertukar menjadi pesta menggalas barang untuk di bawa pulang, itupun seronok jika menang. Kalau tidak yang dikejar tak dapat, barang yang dikendong habis berciciran.Allahu Akbar!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)