Cabang

Ahad, 7 November 2010

Gua Kandu


IPOH – Pelancong tempatan dan penduduk Kampung Jahang, Gopeng melahirkan rasa tidak puas hati terhadap sebuah syarikat yang mengenakan bayaran untuk memasuki Gua Kandu bagi aktiviti rekreasi.

Ketua Biro Penerangan Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia Daerah Kinta, Mior Azman Aminuddin Mior Aris berkata, permasalahan yang dialami pelancong dan penduduk setempat telah dipanjangkan kepada pihak berkenaan termasuk membuat laporan polis serta aduan kepada Exco bertanggungjawab.

Menurutnya, kadar bayaran yang dikenakan kepada pengunjung Gua Kandu dipercayai baru diwujudkan kerana tiada sebarang bayaran dikenakan sebelum ini.

“Persoalannya, bagaimana syarikat berkenaan boleh mengenakan bayaran kepada pengunjung sedangkan tanah itu adalah milik Kerajaan Negeri setelah Pejabat Tanah Kampar mengesahkan status hak milik.

“Menurut maklumat, apabila penduduk kampung menegur pemilik syarikat berkenaan untuk tidak mengenakan bayaran, beliau menggunakan nama Menteri Besar kononnya kawan baik, menyebabkan penduduk akur dengan penjelasannya,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.

Mior yang juga pemandu pelancong berkata, masalah itu pernah dialami beliau semasa membawa 50 orang dari Syarikat Adutex Trading Sdn Bhd pada 2 November lalu masuk ke dalam Gua Kandu. selanjutnya di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)