Cabang

Khamis, 25 November 2010

Mufti Harus Bimbang....


BERUAS - Penduduk di Kampung Kota di sini, memohon jasa baik pihak berkenaan bagi memberikan sebahagian tanah di dalam kawasan rizab jalan kepada penduduk kampung itu.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kampung Kota, Abd Wahab Abd Hamid berkata, akibat status tanah rizab berkenaan, tujuh keluarga yang mendiami kawasan itu tidak mendapat bantuan sewajarnya.

Menurutnya, sebagai contoh, keluarga Che Sa Abdullah yang terpaksa tinggal di rumah uzur kerana tidak layak menerima bantuan disebabkan status tanah yang diduduki.

“Walaupun keluarga ini layak menerima bantuan namun, disebabkan status tanah yang diduduki adalah kawasan rizab jalan, maka bantuan tidak dapat disalurkan kepada mereka.

“Apa yang berlaku kepada keluarga Che Sa turut berlaku kepada enam keluarga lain, apabila mereka tidak dapat menerima bantuan membaiki rumah disebabkan masalah sama,” katanya.

Abd Wahab berkata, pelbagai usaha telah dilakukan untuk membantu penduduk itu mendapatkan bantuan termasuk membaiki pulih rumah namun, ia tetap gagal disebabkan status tanah berkenaan.

Katanya, pihaknya memohon pihak berkenaan memberikan sedikit kelonggaran kepada tujuh keluarga supaya diberikan tanah walaupun sekadar tapak sahaja.

“Sekiranya kelulusan diberikan kepada tujuh keluarga ini, pelbagai bantuan dapat disalurkan sekali gus keselesaan kepada mereka,” katanya. sumber di sini

nota tokpeti : Bebaru ni kerajaan Perak (H) berjanji untuk selesaikan isu tanah di kuala sepetang kerana tertangguh sejak perjanjian residen British pada 1885 lagi. kos pembinaan landasan ktmb yang bermodalkan RM 37,000 sehinggalah harga pasaran sekarang mencecah RM 37 juta. Maaf bercakap, bersungguh-sungguh untuk selesaikan bukan kerana ianya melibatkan lebih 600 penduduk di kawasan sekitar tapi sebenarnya untuk tujuan komersial lain disamping mendapat imbuhan, walaupun terpaksa jual nama orang kampung di kuala sepetang. tindakan menang-menang khak tuih!

1 ulasan:

  1. assalamualaikum...minta tolong sahabat link kan blog ini
    http://lagenda-cinta.blogspot.com/
    terima kasih

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)