Cabang

Ahad, 21 November 2010

Nak Pergi Pilihanraya Tapi Kenderaan Masih Dalam Woksyop Lagi....hincit juga lah!

Umno dan Barisan Nasional perlu menerima segala kemungkinan ketika bergelut untuk keluar dari kepompong perkauman sempit mereka. selama mereka berkuasa langsung menjadi pembuat dasar dalam mengemudi bahtera negara, cukupkah atau tertunaikah janji-janji mereka untuk terus membela agama,bangsa dan negara?.

Ketika rakyat inginkan perubahan yang konon-konon akan diambil alih oleh tampuk pemerintah yang baru atau lebih tepat ialah Pakatan Rakyat, pemimpin2 yang dikomponenkan secara drastik@dramatik masih tercari-cari solusi untuk menghidangkan suatu yang dikatakan sebagai penyelamat ummah.

Bagaimana hendak menjadi pemandu kepada rakyat sedangkan kenakalan beberapa kerat pemimpin atau ahli dalam parti sendiri masih menuding-nuding serta tidak memahami isi kandungan wadah perjuangan parti. Sukar dikawal?

PKR dengan sistem pemilihan partinya dan Dap dengan isu karenah beberapa pemimpin negerinya. Manakala Pas juga menghadapi masalah kepercayaan ahli mengenai isu perpaduan, perpaduan dengan parti-parti dalam kerajaan atau perpaduan bersama rakyat tak kira parti untuk menukar kerajaan lama kepada yang baru.

Yang pentingnya adakah setiap warga negara tak kira bangsa dan agama sudah merdeka mindanya, merdeka dirinya untuk sama-sama memilih pemimpin bagi menggantikan pemimpin yang sedia ada. Bukan sangat nak tengok pemimpin 'cerdik',lebih penting rakyatnya kena cerdik dulu...

inilah pandangan seorang politikus yang berada dalam krisis kepercayaan kepada parti komponennya sendiri....wahai Pakatan Rakyat, kenalah bergerak dari sekarang kerana rakyat tertanya-tanya apa yang mereka akan dapat setelah kerajaan Umno Barisan Nasional bekubur. Kalau setakat mengatakan perkara yang tidak betul tanpa memberi pilihan kepada yang baik sebagai alternatif, rakyat cukup bosan !

wallahua'lam.

Keahlian Terus ?

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata walaupun komponen parti BN sebulat suara memutuskan untuk mem­­perkenalkan ke­­ahlian bersekutu dan keahlian bergabung itu, tetapi pada masa sama berwaspada terhadap kemungkinan ada pihak menyertainya dengan ni­­at tidak baik.

Pengerusi BN itu berkata, langkah ber­­ke­­naan memperlihatkan BN sebagai parti yang inklu­­sif dan bersikap terbuka kepada sesiapa yang mempercayai konsep serta prinsip perjuangan
parti itu.

Berikutan pindaan perlembagaan itu, katanya, mereka yang ingin menyertai gabungan parti komponen itu tetapi berasa lebih serasi menjadi ahli bersekutu, boleh mengemukakan permohonan terus.

"Sesiapa pun boleh menjadi ahli bersekutu BN tetapi sebagai contoh jika dia dari parti pembangkang hendak masuk, Dewan Tertinggi BN kena bagi kelulusan. Ini satu syarat yang kita tetapkan supaya tidak ada mana-mana orang yang masuk dengan niat tidak baik terhadap BN.
"Selain itu, ahli parti komponen BN juga tidak boleh masuk (menjadi ahli bersekutu). Maknanya jika sudah menjadi ahli UMNO, tidak boleh tinggalkan UMNO (kerana) hendak menjadi ahli bersekutu. Jika MIC pun begitu.

"Kita turut memutuskan bahawa mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) boleh menjadi ahli gabungan BN. Ini adalah usaha kita kepada kumpulan lain yang ingin bekerjasama dengan BN kerana mereka percaya kepada matlamat perjuangan parti," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Tertinggi BN di sini, semalam.

Najib berkata, keputusan Dewan Tertinggi berhubung pindaan perlembagaan BN akan diwartakan, manakala tarikh penguatkuasaannya dimaklumkan kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS).selanjutnya di
sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)