Cabang

Isnin, 8 November 2010

Jawatankuasa Tubuh Air Mulai Surut


08/11/10

Pendang : Ketika rakyat negeri Kedah menghadapi situasi sukar untuk berhadapan dengan bencana banjir terbesar yang pernah berlaku, sebahagian besar rakyat di seluruh Negara lebih tertumpu kepada perjalanan pilihanraya kecil di Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi.

Malangnya, berita yang disiarkan oleh media utama Negara mengenai situasi banjir di Kedah seperti melepaskan batuk di tangga, seolah-olah bencana itu sama seperti yang pernah berlaku di beberapa kawasan sebelum ini.

Kerajaan umno barisan nasional khususnya lebih mementingkan ‘survival’ politik mereka untuk berhadapan dengan rakyat dalam pilihanraya kecil di Galas dan Batu Sapi. Walaupun pada dasarnya memang Umno Barisan Nasional terlalu letih dan malu untuk berhadapan pilihanraya kecil kerana sering mendapat kekalahan dalam beberapa siri pilihanraya selepas pasca tsunami 2008.

Kerana pilihan yang tidak dapat dielakkan untuk mengadakan pilihanraya, mereka terpaksa menggunakan segala jentera Kerajaan Malaysia@Harta Rakyat demi kepentingan politik sempit untuk terus berkuasa selama-lamanya. Itupun mujurlah ada stesen televisyen yang bergantung hidup hamper 90% kerana saham yang dimonopoli oleh syarikat yang berkepentingan dengan Umno.

Maka, bersiarlah pagi petang hingga ke malam tanpa henti aneka propaganda murahan sebagai ‘talian hayat’ mereka untuk meracuni pemikiran rakyat agar percaya dengan ayat keramat@khurafat bahawasanya ‘hanya Umno dan Barisan nasional sahaja yang layak memerintah dan memberi keamanan kepada rakyat Malaysia’.

Selepas beberapa hari kejadian banjir berlaku di utara tanahair dan setelah tamatnya hari pembuangan undi yang memihak kepada Umno Barisan Nasional, barulah Tan Sri Muhyidin Yasin tersedar kerana asyik merayakan hari ‘kemenangan dan silap mata’ di Galas dan Batu Sapi. Sehingga terlupa bukan sahaja Kedah, malah Perlis yang berpayungkan kerajaan umno Barisan nasional juga merasainya.

Kerana terlalu angkuh dan sombong setelah kemaruk untuk mencapai kemenangan, beliau seperti ‘hilang akal’ ketika menyerang Kerajaan Negeri Kedah dalam memberi bantuan kepada mangsa banjir. Padahal pihak kerajaan negeri bersama-sama rakyat telah berganding bahu lebih awal tanpa ehsan Kerajaan Pusat mengharungi banjir selama hampir 7 hari 7 malam.

Mujurlah sebuah pertubuhan NGO daripada Unit Amal Malaysia mengerahkan sepenuh tenaga anggotanya dari seluruh Negara supaya turut sama memberi bantuan dan misi menyelamat. Mereka bekerja siang dan malam tanpa menunggu hadirnya pihak media mahupun tabung bantuan banjir yang datang daripada kerajaan pusat.

Setelah banjir mula surut, barulah Tan Sri Mahyudin bersama pengikutnya menubuhkan sebuah jawatankuasa bagi menyelaraskan bantuan melalui pegawai-pegawai khas mereka di setiap kawasan Parlimen. Perkiraan awal bernilai jutaan ringgit telah dibuat.


nota pendang : “Walaupun kejadian banjir telah mulai surut, ini tidak bermakna peruntukan yang telah lulus akan disimpan. Ianya akan disalurkan kepada pihak yang lebih memerlukan di seluruh negeri kedah melaui ketua-ketua bahagian Umno untuk menggunakan seluruh peruntukan itu bagi menarik kembali pengundi supaya memberi undi kepada barisan nasional dalam pru 13 nanti” – TS Mahyudin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)