Cabang

Selasa, 16 November 2010

Takbir Bergema Di Gelanggang Guangzhou


Sepak takraw beraksi di pagi Aidiladha

Skuad sepak takraw negara melakukan pengorbanan besar apabila dijadualkan turun beraksi pada pagi sambutan Aidiladha, menentang tuan rumah pada perlawanan pembukaan acara berpasukan, hari ini.


Berbeza dengan umat Islam di Malaysia yang menyambut Aidiladha pada 17 November, masyarakat Islam di seluruh China menyambutnya hari ini.
“Inilah pengorbanan besar yang perlu dilakukan oleh pemain-pemain kita. Kami terpaksa menerimanya. Sekarang ini kita sudah tidak boleh menukar jadual itu,” kata ketua jurulatih Iskandar Arshad.

Terdahulu, sebelum temasya Sukan Asia bermula, Malaysia meminta pihak penganjur menukarkan jadual pertandingan daripada 17 November kepada 16 November kerana menyangkakan sambutan Aidil Adha jatuh pada Rabu.


Sempena sambutan Aidil Adha, pihak Jawatankuasa Penganjur Sukan Asia Guangzhou (GAGOC) akan menganjurkan sembahyang sunat Aidil Adha di perkampungan sukan.
Menyentuh mengenai pertemuan dengan pasukan tuan rumah esok, Iskandar berkata pemain-pemain perlu memenangi perlawanan pembukaan itu. “Kita tidak sepatutnya kalah kepada China. Mereka (pemain-pemain Malaysia) perlu turun dengan memberikan saingan terbaik,” katanya.

Iskandar berkata kekuatan pihak lawan dalam acara berpasukan tidak dapat dipastikan kerana Malaysia tidak pernah bertemu pasukan negara itu sebelum ini.
Dalam acara berpasukan, Malaysia diletak dalam Kumpulan B bersama India, China dan Jepun, manakala kumpulan A pula ialah Thailand, Korea Selatan dan Indonesia.: Kali terakhir Malaysia meraih pingat emas acara Sepak Takraw Sukan Asia pada 1994 di Hiroshima, Jepun. - Bernama


1 ulasan:

  1. Assalamualaikum,

    Senang saya berkunjung lagi ke blog anda.
    Selamat Merayakan Idul Adha.
    Mohon Maaf Lahir dan Batin.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)