Cabang
Selasa, 18 Januari 2011
Kalau Rosmah Tak Balik-balik Lagi Bagus Kata Najib?
MUSCAT - Datin Seri Rosmah Mansor memuji rakyat Malaysia di sini kerana menyumbang kepada pembangunan Oman, akan tetapi pada masa yang sama mengingatkan mereka agar pulang ke tanah air pada satu masa kelak.
Isteri kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak itu berkata, hakikat Malaysia berupaya 'mengeksport' golongan profesional ke luar negara menunjukkan negara telah melaksanakan strategi yang tepat dalam membangunkan modal insan.
"Tapi ingatlah pada Malaysia.
Jangan lupa balik kampung kerana negara juga memerlukan anda," katanya di hadapan kira-kira 200 rakyat Malaysia yang bekerja dan tinggal di Oman, di sini pada malam Isnin.
Majlis itu dianjurkan Kedutaan Malaysia di sini sempena lawatan empat hari Rosmah sebagai tetamu kerajaan Oman.
Seorang diplomat Malaysia berkata terdapat kira-kira 900 rakyat Malaysia di Oman, iaitu sebuah negara teluk yang terletak di tenggara Semenanjung Arab.
Rosmah berkata, perantau Malaysia di sini harus melakukan tugas mereka sebaik mungkin serta berusaha mengekalkan nama baik negara.
Kehadiran Rosmah pada majlis itu turut dimanfaatkan oleh sesetengah tetamu untuk bersalam dan bergambar bersama beliau.
Terdahulu, Rosmah menikmati pemandangan di Muscat menerusi pelayaran di atas kapal 'Fulk Al Salamah', milik pemerintah Oman, Sultan Qaboos bin Said.
Difahamkan pemerintah Oman itu amat jarang membenarkan kapal mewah sepanjang 136 meter tersebut membawa tetamu yang bukan daripada kalangan kerabat diraja Oman.
Malah kata seorang pegawai kanan, juadah yang dihidangkan semasa pelayaran selama dua jam itu juga didatangkan dari istana.
Sementara itu pada satu konsert yang diadakan sempena lawatan Rosmah, delegasi Malaysia menerima kejutan apabila dua irama Malaysia dimainkan oleh 'First Royal Band for Music and Folklore'.
Kumpulan itu yang mempersembahkan muzik dan tarian tradisional Oman memainkan lagu 'Joget Pahang' dan lagu tema '1Malaysia'. SinarHarian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & Terengganu2 hari yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan