Cabang

Selasa, 15 Mac 2011

Lagi Billion Hak Rakyat Bakal Difaraid....


KUALA LUMPUR: Seorang penyokong kerajaan pada Isnin meminta kerajaan meneliti kewajaran peningkatan kos pembinaan Projek Aliran Transit Massa (MRT) Lembah Klang yang dianggar akan mencecah sehingga RM50 bilion berbanding anggaran asalnya RM36.6 bilion.

Datuk Bung Moktar Radin (BN-Kinabatangan) berkata, kerajaan seharusnya lebih berhati-hati dalam mengeluarkan perbelanjaan untuk melaksanakan sesuatu projek serta menimbang impaknya kepada negara sebelum melaksanakannya.

"Ini kajiannya belum dibuat, tetapi sudah keluar borang tender. Ini tidak betul. Pada saya di samping kita memperbandarkan bandar ini menuju negara maju, kerajaan jangan terperangkap dengan strategi untuk membangunkan satu kawasan dan terlepas pandang kawasan yang lain.

"Kalau kosnya mencecah sehingga RM70 bilion (anggaran), kalau diberi di kawasan saya 10 peratus, membangunlah Kinabatangan, begitu juga kalau diberi lima peratus kepada Speaker (Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar iaitu anggota Parlimen Santubong)," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin pada persidangan Dewan Rakyat di sini, Isnin....lagi di sini

nota zizie : Ingatkan laki aku nih nak jimat duit rakyat supaya batalkan segala projek-projek mega dalam keadaan ekonomi negara yang semakin meruncing nih...rupanya dia minta alih kat poket-poket pemimpin umno dan barisan. Alamatnya kebulur jugalah rakyat, tapi bagus juga untuk aku nak pergi joli-jola...lalalala

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)