IPOH: Polis percaya dapat menyelesaikan kes penipuan dan pemalsuan dokumen kelulusan tanah yang menggunakan nama Menteri Besar dan jabatan kerajaan negeri Perak dalam masa terdekat.
Ketua Polis Perak, Datuk Shukri Dahalan, berkata polis telah mengenal pasti dalang dalam kes itu dan sedang menunggu masa untuk memberkas suspek yang telah berpindah ke tempat lain.
"Hasil siasatan, polis telah mengesan alamat tempat tinggal suspek terbabit tetapi tidak ditemui kerana dipercayai telah melarikan diri," katanya pada sidang akhbar di sini, Khamis.
Pada 7 Februari lepas, Pegawai Khas Menteri Besar Perak, Datuk Azhar Ahmad, membuat dua laporan polis selepas menerima dua surat menggunakan kepala surat Menteri Besar dan mempunyai tanda tangannya berhubung kelulusan tanah pertanian di dua lokasi oleh kerajaan negeri.
Surat pertama membabitkan kelulusan tanah pertanian seluas kira-kira 324 hektar di Mukim Kenering bertarikh pada 9 Disember lalu manakala surat kedua dengan menggunakan modus operandi sama membabitkan kelulusan tanah seluas kira-kira 400 hektar di Mukim Pengkalan Hulu yang dikeluarkan pada 13 Januari lalu....sumber
nota kaki : Agaknya selalu putar alam akhirnya anak buah pulak 14 kali putar bos. hambik!mungkin sebenarnya surat memang sah tapi isytihar palsu kerana nak bagi kt toke2 beso supaya untung lebih boleh dapat. Dulu tanah tu tak bernilai, sekarang projek mega banyak tertumpu kat sana sebab nak jaga hati xmb...jangan percaya sangat, ni nota fitnah jerrr!....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan