Cabang

Selasa, 26 April 2011

Rakyat Tanggung RM 5 Billion Hapus PPSMI - Muhyiddin


Ingatkan betullah PPSMI akan dihapuskan terus, rupanya ia akan diganti pula dengan projek baru Tan Sri Muhyiddin Yasin yakni MBMMBI.....

Projek MBMMBI yang menelan belanja mencecah RM 5 Billion mengikut beberapa fasa sehingga PPSMI dimansuhkan menjelang 2015. Fasa pertama tahun 2011 sahaja belanja sekitar RM 800 juta akan digunakan....

Semua kos itu mengikut kata Tan Sri Muhyiddin Yasin ketika sesi soaljawab di Dewan Rakyat adalah untuk memenuhi bajet membeli peralatan baru dan juga kos untuk melatih guru-guru bagi mengikuti kursus berkaitan MBMMBI...di sini

Nota perkasa : Sejak dulu tok-tok lebai turun ke jalanraya bagi membantah keputusan kerajaan meluluskan PPSMI untuk anak cucu mereka tapi dibalas kenyataan menghina dengan mengatakan tok-tok lebai ini tidak layak bercakap mengenai soal dasar pendidikan negara. Mereka konon hanya tahu mengkritik tapi tidak pandai memberi pandangan yang membina.

Akhirnya setelah menteri pendidikan yang lama mendapat habuan daripada projek PPSMI, Tan Sri Muhyiddin Yasin pula muncul untuk mencipta projek baru beliau. Nampaknya tahap pendidikan anak-anak melayu khususnya adalah sama seperti dulu, 'penyelarasan' beliau ialah masa 300 minit seminggu bagi pembelajaran Bahasa Inggeris di Sekolah Kebangsaan dan 150 minit di Sekolah Jenis Kebangsaan...'1 melayu 1 Bumi' ahaks.

PPSMI boleh dihapuskan tapi rakyat kena bayar pula RM 5 Billion?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)