Cabang

Sabtu, 14 Mei 2011

Hishamuddin, BigDoggy dan Resmi Ugama...bukan cari solusi tapi manipulasi


Dulu-dulu pernah diceritakan oleh seorang tua dari kampung teman. Tuanya Pakcik tu dengan banyak bersama umno keris bersilang...

" Basahkan keris dengan darah cina kata Najib sewaktu menjadi ketua pemuda era gerak gempur sekitar usia Tun Mahathir mula menanam benih dalam umno". Sambung dia lagi "sebenarnya, masa tu pun dia sedang menyemai hasil yang dibaja ayah Najib iaitu Arwah Tun Razak".

"Diancam pula oleh mendiang Lee Kim Sai, pastikan setiap seorang cina memiliki sekotak mancis untuk dibakar rumah orang melayu",makin bersemangat Pakcik tu...bersemangatnya dia kerana masih bersama umno.

Setelah orang melayu dan cina bertegang, dua ekor makhluk ni cabut ke Indonesia manakala yang cina tu bersantai ke Hong Kong....best gile bile buat kerje 'pandikutty' cam ni!

"Tak pasal-pasal Tok-tok Lebai kena ISA, cina Lim pun diangkut sekali".....Terima Kasih Pakcik kerana ceritakan kisah ini terkenang pulak kisah di sini:-

Laporan Utusan 'ada asas' berdasarkan laporan polis yang dibuat oleh seorang penduduk di Pulau Pinang mempunyai versi yang lain. kata Hishamudin Tun Hussein.

Nampaknya pertemuan PM dengan Tokoh-Tokoh Islam dan Paderi Kristian tempoh hari bukan merungkai masalah yang dicipta Utusan tapi lebih kepada menyimbah petrol RON95....

"Butirnya tak perlulah saya jelaskan. Saya difahamkan, sudah ada pun wartawan yang menemuduganya (pengadu) pagi ini," kata Khalid Abu Bakar dengan selamba membiarkan wartawan membuat 'interpretasi' sendiri untuk disiarkan, padahal ia masih dalam siasatan.


nota kaki : Sekarang PM kita terpaksa meninggalkan negara untuk ke Arab saudi, terpaksa menangguhkan mesyuarat Dewan Tertinggi BN pasca PRU 13 malam tadi, kerana pemimpin di kalangan parti komponen tidak dapat duduk semeja dek isu mainan 'pandikutty' Utusan.

Modus operandinya sama seperti kisah pakcik tu, atau mungkin berulang kerana ketika kuasa muda yang ada dulu pun boleh dibuat main, inikan pula kuasa memusat kepadanya secara total, tambahan pula dalam keadaan umno dan barisan Nasional yang semakin nazak ini.

Munasabah ke Bos KDN bagi amaran kepada Utusan? Munasabah ke Sepupu nak bagi amaran pada sepapat ?Munasabah jugakah bila penyamun nak nasihat perompak ?

Bila teman tanya Pakcik tu kenapa masih lagi tinggal dalam umno, dengan pantas dijawab..

" Lagi dekat lagi bagus, senang nak tengok umno perlahan-lahan mampos".

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)