Cabang

Selasa, 7 Jun 2011

Wira Adi Jagat, Pas, Anwar dan Karpal....ish ! ish ! ish !

Dengan nada menyindir, bekas perdana menteri berkata, syabas dan tahniah kepada Karpal kerana “akhirnya perjuangan mu menentang negara Islam PAS sudah berjaya.”

Kata Dr Mahathir, yang kalah ialah puak ulama manakala yang menang ialah puak kopiah hitam, penyokong Anwar.

Sehubungan itu, kata Dr Mahathir, perjuangan Karpal, selaku Pengerusi DAP kebangsaan, supaya PAS menggugurkan matlamat mendirikan negara Islam, yang akan menguatkuasakan hukum hudud sudah pun tercapai...lagi di sini

Bila Tun Wira Adi Jagat mengaitkan ketiga-tiga musuh tradisinya sekaligus, ini bermakna beliau benar-benar cemas dengan perkembangan aspirasi Pakatan Rakyat untuk menghumban Umno dan Barisan nasional...

Bukan soal gadai prinsip atau korban dasar perjuangan yang hendak dikesalkan oleh beliau, tetapi hukum politik ala 'machievieli' Umno dan Barisan nasional telah mengajar untuk menghalalkan segala cara.....asalkan terus berkuasa.

Walaupun apa jenama yang diwar-warkan Pakatan rakyat hatta menguntungkan ahli-ahli Umno itu sendiri, pemimpin-pemimpin Umno tidak pernah 'redha' dan memberi peluang untuk Pakatan Rakyat mara ke Putrajaya. Ada sahaja fitnah, mehnah dan tribulasi yang akan diputarkan oleh media-media suruhan demi kelangsungan kekuasaan mereka...

Heboh SB dan risikan tentera memberi amaran Umno dan Barisan nasional akan tersungkur di pilihanraya yang akan datang melainkan SPR terus diperlembukan...wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)