Cabang

Isnin, 25 Julai 2011

Pemandu Teraju ETP : Inikah Hasil Program Transformasi Bumiputera ?


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Kerajaan memerlukan sedikit masa bagi membantu membangunkan ekonomi Bumiputera di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia memerlukan dasar penstrukturan ekonomi dari yang lama kepada baru, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Justeru menurut beliau, ia bukan satu proses yang boleh berjalan dengan mudah.

“Dalam konteks kita membantu Bumiputera apa yang kita lakukan adalah mengenal pasti syarikat-syarikat yang sedia ada dan membantu mereka ke arah menjadi syarikat besar dan berdaya saing,” katanya di Ipoh hari ini.

Dipetik Bernama Online, Husni mengulas dakwaan Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) tidak agresif melaksanakan agenda Bumiputera dalam ETP.

Katanya sesuatu perniagaan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ia memerlukan masa yang panjang kerana konsep perniagaan adalah mengenai nilai tambah dan perlu mempunyai pasaran.

Malah menurut Husni, tambahan pula dalam tempoh berkenaan, bukan perkara yang mudah untuk kerajaan melahirkan golongan korporat Bumiputera termasuk usahawan yang mampu bersaing dalam pasaran domestik dan global.

“Faktor penubuhan Teraju yang baru berusia enam bulan perlu diambil kira. Justeru itu, Mapem seharusnya memberikan kerajaan dan Teraju sedikit masa bagi melaksanakan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan menerusi Teraju telah mengadakan kajian struktur bagi mengenal pasti kedudukan Bumiputera dalam bidang perniagaan dengan keupayaan bersaing.

Katanya, kerajaan juga menubuhkan makmal bagi mengenal pasti beberapa bidang tertentu di mana Bumiputera boleh berdaya maju.

“Ini termasuk mengadakan Program Jejak Jaya khusus bagi mengenal pasti syarikat-syarikat Bumiputera yang berdaya maju sebagai antara proses membangunkan ekonomi Bumiputera dalam ETP,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Mapem secara terbuka mengecam pentadbiran Najib ‘dingin’ dalam melaksanakan inisiatif pro-Bumiputera sambil mendakwa Teraju bergerak terlalu perlahan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), sebuah badan yang terdiri daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan ekonomi Melayu, mendakwa unit yang berusia enam bulan itu telah gagal membawa sebarang hasil dalam memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan berbanding projek-projek yang dilancarkan oleh Pemandu.

“Pemandu dan Teraju tidak bergerak pada kelajuan yang sama. Teraju bergerak macam kura-kura,” kata Presiden Mapem Tan Sri Rozali Ismail.

“Ini sangat membimbangkan ... kami mahu mengambil bahagian dalam pertumubuhan ekonomi negara, kami mahu bersama Perdana Menteri membina negara ini, kami tidak mahu ketinggalan di belakang,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Mapem di sini hari ini.

Ketika melancarkan Teraju pada 8 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan, pembiayaan, pendidikan dan penggajian, penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan pihak-pihak berkepentingan, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.sumber MI


nota kaki : macam2 slogan dan program dibuat atas nama Bumiputra/Melayu semata2 nak menarik perhatian mereka untuk terus beri sokongan kepada Umno Barisan nasional....Bajet masing2 dah sapu tapi projek lebuh entah kemana....

Mintak masa lagi.....hah!


UBAH SEBELUM PARAH !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)