Cabang

Memaparkan catatan dengan label umno kotor. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label umno kotor. Papar semua catatan

Selasa, 16 Ogos 2011

Tazkirah 16 Ramadhan : Kita Berada di dalam golongan yang mana ?


Kesimpulan Hadith Riwayat Ibnu Majah:

Umat Yahudi terpecah menjadi 71 golongan,1 golongan yang selamat...


Umat Nasrani terpecah menjadi 72 golongan,1 golongan yang selamat...


Umat Islam terpecah menjadi 73 golongan, 1 golongan yang selamat ...


yakni mereka yang terdiri dari golongan ahli Kitab Allah.
Bagaimana dengan 1 golongan yang mewakili Umat Yahudi dan Nasrani?

Mereka inilah pengikut AGAMA IBRAHIM YANG LURUS...


Dan mereka berkata:"Hendaklah kamu menjadi penganut agama Yahudi atau Nasrani, niscaya kamu mendapat petunjuk". katakanlah:"Tidak, melainkan AGAMA IBRAHIM YANG LURUS. Dan bukanlah dia dari golongan orang mempersekutukan Rabb". (QS. 2:135)

Siapakah berada di dalam golongan Umat Nabi Muhammad yang terselamat..

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka. Mereka berperang pada jalan Allah; lalu mereka membunuh atau terbunuh, JANJI YANG BENAR DARI ALLAH di dalam TAURAT, INJIL, DAN AL QUR'AN. Dan siapakah yang lebih menepati janjinya daripada Allah? Maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan ITULAH KEMENANGAN YANG BESAR.(QS At Taubah:111)

iaitu mereka yang mengikut Al-Quran dan Hadis Nabi S.A.W....wallahua'lam.

Rabu, 10 Ogos 2011

Formula Fasa Keampunan Ramadhan....


Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan dari Tuhan kamu, dan (mendapat) Syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertaqwa;

Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya, dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara yang baik;

Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya).

Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya ialah keampunan dari Tuhan mereka, dan Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) orang-orang yang beramal – [Ali Imran - 133-135]

FORMULA MENDAPAT KEAMPUNAN ALLAH :

*Perbaikilah kualiti puasa kita

*Banyakkan tilawah & tadabbur al Quran

*Banyakkan bersedekah

*Pastikan malam Ramadhan kita tidak berlalu tanpa Qiamullail

*Ampunkanlah segala dosa & kesalahan ikhwh/at kepada anda

*Maafkanlah segala dosa ahli keluarga & saudara mara anda

*Sejukkanlah hati anda dengan mengampunkan dosa manusia, nescaya Allah akan menyejukkan hati anda dengan kempunanNya

*Pastikan ikhwah/at ada bersedekah w`pun sedikit pada setiap hari Ramadhan

*Jgn lupa bantuan kita untuk saudara kita di Palestin..

*Ambillah peluang bangun bersahur untuk membangunkan malam kita

*Jangan lupa membaca doa rabithah dan doakan semua ikhwah/at kita di seluruh dunia, juga buat semua pejuang-pejuang di jalan Allah & seluruh muslimin…

Amin Ya Rabb Alamin...Wallahua'lam.


Sabtu, 6 Ogos 2011

Tazkirah Hening : Elak fitnah berterusan.....Segera !!!


“Ini adalah cerita sebenar daripada pengalaman saya yang sikit ini. Semasa saya bekerja di UiTM dahulu, satu hari ketika berjumpa dengan kawan di sebuah restoran Melayu di sekitar kawasan kampus untuk membincangkan sesuatu saya telah memesan jus oren. Semasa air buah dihidangkan, tauke yang menyediakan air buah tersebut dalam satu cawan gelas yang ada jenama arak bermula huruf “G”. Saya memintanya dengan baik untuk menukarkan gelas tersebut.

“Bos, air ini halal, tapi gelasnya… akan mengundang syak wasangka dan fitnah daripada pelajar-pelajar saya dan juga kepada kedai,” kata saya.

Terdapat 2 pengajaran di sebalik peristiwa ini. Manusia seperti biasa mempunyai sangka buruk – apabila mereka ternampak saya meminum daripada gelas arak, kebanyakan pelajar, terutamanya pelajar Islam yang tidak mengenal arak, akan mempunyai syak wasangka bahawa sememangnya air dalam gelas itu ialah arak walaupun ia warna oren di sebuah restoran Melayu. Dan tauke pula akan dilihat sebagai sebagai peniaga yang tidak bertanggungjawab kerana sanggup menjual arak.

Pengajaran 1: Janganlah mereka terlalu cepat mempercayai fitnah tanpa siasatan terlebih dahulu.

Adakah saya bersalah sekiranya saya minum dari gelas arak tersebut?

Saya tidak boleh salahkan orang yang menyangka saya minum arak daripada gelas tersebut, lebih-lebih lagi gelas yang saya pegang itu ialah gelas arak walaupun dalamnya jus buah oren.

Sudah tentunya ya, kerana saya telah melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah terhadap saya walaupun air yang diminum itu halal dari gelas yang bersih.

Pengajaran 2: Janganlah kita melakukan sesuatu benda yang boleh mengundang fitnah Kesimpulannya, manusia digalakkan bersangka baik terhadap sesama sendiri dan juga cuba elakkan diri daripada melakukan sesuatu yang boleh menimbulkan fitnah.

Dalam reaksinya terhadap isu Jais hari ini, Tuan Ibrahim, yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat berkata isu tersebut menjadi polemik besar akibat dua perkara – ‘mudah mempercayai fitnah’ dan ‘melakukan perkara-perkara yang mengundang fitnah’.

Di dalam kenyataannya, Tuan Ibrahim menasihatkan agar pihak Jais, dalam kesungguhan mereka mencegah kemungkaran agama Islam, pihak jabatan agama juga harus sentiasa beringat untuk mesti mengelak sebarang elemen buruk dalam melaksanakan peraturan yang ada, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam.

“Dalam melaksanakan peraturan yang ada, kita mesti mengelak sebarang eleman buruk, kerana yang akan terjejas dalam tindakan tersebut ialah kerajaan negeri dan Jais sendiri, lebih-lebih lagi ia turut memberikan kesan terhadap nama baik Islam,” kata beliau.

Beliau yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang juga menasihatkan agar Jais, sebagai sebuah badan pengawal agama harus bertindak mengikut lunas peraturan dan prosedur yang ada.

“Keghairahan mencegah kemungkaran tidak seharusnya dilihat sebagai campurtangan terhadap agama lain, dan di waktu yang sama, usaha elemen pencegahan mesti diteruskan.

Dalam kes tersebut, jika pihak Jais telah bertindak berdasarkan maklumat yang dia perolehi, maka tindakannya adalah tepat; namun yang mendukacitakan ialah kesahihan maklumat yang diterima Jais tidak dapat dipastikan.

Sebagai jabatan agama, mereka harus lebih berwaspada sama ada berita atau maklumat yang diterima adalah hanya berpunca daripada sangka buruk akibat iklim politik negara yang semakin buruk sebelum bertindak,” tambah beliau.

Beliau turut menyeru Jais untuk memastikan siasatannya dilakukan dengan penuh ketelusan, dan setiap laporan untuk tindakan mesti mengikut prosedur dan disahkan dahulu maklumat yang diterima.

“Dan kepada orang-orang Islam yang berada di majlis tersebut, mereka juga kena muhasabah diri sama ada mereka telah menimbulkan sangka buruk dan fitnah terhadap majlis dan gereja tersebut seperti cerita saya di atas.

“Diharapkan Jais dapat tampil ke depan untuk menjelaskan keadaan sebenar dan hasil siasatan untuk mengelakkan fitnah terhadap gereja, kerajaan Selangor, nama baik Islam dan Jais sendiri berkeliaran di bulan Ramadhan yang mulia ini. Mohon maaflah sekiranya tersilap.

“Sememangnya Islam melarang kita melakukan fitnah terhadap sesuatu perkara, tetapi di waktu yang sama jangan kita melakukan sesuatu yang boleh mengundang fitnah,” nasihat beliau.

SUMBER DISINI DAN SINI

Sabtu, 30 Julai 2011

Salam Madrasatul Ramadhan......


BEBASKAN DIRI DARI MENJADI HAMBA MANUSIA....


HANYA PADAMU KUTUNDUKKAN HATIKU YA ALLAH....

BERIKANLAH KEKUATAN KEPADA KAMI DALAM MENEMPUH DUGAANMU....

KAMI HANYA MENUNTUT HAK KAMI YANG DIJANJIKAN OLEH MU, YA ALLAH...

SALAM RAMADHAN SALAM KEBERKATAN.....AMIN YA RABB.

Selasa, 26 Julai 2011

Sudah jelas SPR dan Polis ikut telunjuk Umno....Kimmak tui !!!

"Menurut Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar, lapan tuntutan itu boleh dilaksanakan di bawah kuasa kerajaan pemerintah.

“SPR bukan badan yang buat undang-undang, apa yang kita boleh lakukan adalah cadangkan undang-undang ini kepada Peguam Negara ... Peguam Negara yang akan buat draf undang-undang sebelum bawa ia ke Parlimen untuk dibahaskan. sumber MI


walaupun telah seminggu janji untuk tayangan umum setelah tamat :

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata siasatan polis berhubung perhimpunan 9 Julai lepas belum selesai.

"Yang salah tetap akan didakwa tapi pendakwaan bergantung kepada Peguam Negara selepas meneliti bukti dan siasatan PDRM termasuk klip video (mengenai perhimpunan itu)," katanya dalam khidmat SMS kepada Bernama hari ini. sumber MK


Muhyidin dalam bangang ada codeknya, lantaklah kau tanggung le sepupu sepapat korang....

Bebaru ni dah ada projek MBMMBI untuk menggantikan PPSMI yang menelan belanja RM 800 juta bagi sayap2 beliau jelajah canang serata kampung, ada pulak projek baru nak melingkup khazanah negara:

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata jawatankuasa pemandu kualiti perlu diwujudkan dalam struktur pengurusan di setiap bahagian dan institusi pendidikan dalam Kementerian Pelajaran. sumber mStar

Kimmak tui !!!

Isnin, 25 Julai 2011

Pemandu Teraju ETP : Inikah Hasil Program Transformasi Bumiputera ?


KUALA LUMPUR, 24 Julai — Kerajaan memerlukan sedikit masa bagi membantu membangunkan ekonomi Bumiputera di bawah Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerana ia memerlukan dasar penstrukturan ekonomi dari yang lama kepada baru, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.

Justeru menurut beliau, ia bukan satu proses yang boleh berjalan dengan mudah.

“Dalam konteks kita membantu Bumiputera apa yang kita lakukan adalah mengenal pasti syarikat-syarikat yang sedia ada dan membantu mereka ke arah menjadi syarikat besar dan berdaya saing,” katanya di Ipoh hari ini.

Dipetik Bernama Online, Husni mengulas dakwaan Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem) bahawa Unit Peneraju Agenda Bumiputera (Teraju) tidak agresif melaksanakan agenda Bumiputera dalam ETP.

Katanya sesuatu perniagaan tidak boleh dilaksanakan dalam masa yang singkat kerana ia memerlukan masa yang panjang kerana konsep perniagaan adalah mengenai nilai tambah dan perlu mempunyai pasaran.

Malah menurut Husni, tambahan pula dalam tempoh berkenaan, bukan perkara yang mudah untuk kerajaan melahirkan golongan korporat Bumiputera termasuk usahawan yang mampu bersaing dalam pasaran domestik dan global.

“Faktor penubuhan Teraju yang baru berusia enam bulan perlu diambil kira. Justeru itu, Mapem seharusnya memberikan kerajaan dan Teraju sedikit masa bagi melaksanakan program tersebut,” katanya.

Beliau berkata bagi mencapai matlamat itu, kerajaan menerusi Teraju telah mengadakan kajian struktur bagi mengenal pasti kedudukan Bumiputera dalam bidang perniagaan dengan keupayaan bersaing.

Katanya, kerajaan juga menubuhkan makmal bagi mengenal pasti beberapa bidang tertentu di mana Bumiputera boleh berdaya maju.

“Ini termasuk mengadakan Program Jejak Jaya khusus bagi mengenal pasti syarikat-syarikat Bumiputera yang berdaya maju sebagai antara proses membangunkan ekonomi Bumiputera dalam ETP,” katanya.

Dalam satu kenyataan semalam, Mapem secara terbuka mengecam pentadbiran Najib ‘dingin’ dalam melaksanakan inisiatif pro-Bumiputera sambil mendakwa Teraju bergerak terlalu perlahan sejak ia dilancarkan Februari lalu.

Majlis Perundingan Ekonomi Melayu (Mapem), sebuah badan yang terdiri daripada 50 pertubuhan bukan kerajaan ekonomi Melayu, mendakwa unit yang berusia enam bulan itu telah gagal membawa sebarang hasil dalam memperbaiki penyertaan Bumiputera dalam Program Transformasi Ekonomi (ETP) kerajaan berbanding projek-projek yang dilancarkan oleh Pemandu.

“Pemandu dan Teraju tidak bergerak pada kelajuan yang sama. Teraju bergerak macam kura-kura,” kata Presiden Mapem Tan Sri Rozali Ismail.

“Ini sangat membimbangkan ... kami mahu mengambil bahagian dalam pertumubuhan ekonomi negara, kami mahu bersama Perdana Menteri membina negara ini, kami tidak mahu ketinggalan di belakang,” kata beliau selepas mempengerusikan mesyuarat Mapem di sini hari ini.

Ketika melancarkan Teraju pada 8 Februari lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia bertujuan memperkukuhkan lagi agenda pembangunan golongan berkenaan.

Perdana Menteri berkata agensi itu akan berfungsi bagi meneraju, mengurus serta memacu penyertaan golongan Bumiputera dalam ekonomi melalui pelbagai inisiatif baru serta sedia ada.

Teraju akan memberi tumpuan kepada lima perkara iaitu keusahawanan dan penciptaan kekayaan, pembiayaan, pendidikan dan penggajian, penilaian institusi dan instrumen polisi serta pengurusan pihak-pihak berkepentingan, kata Najib yang juga Menteri Kewangan.

Perdana Menteri berkata, Teraju juga akan bekerjasama dengan agensi-agensi berkaitan untuk mengenal pasti program-program baharu supaya segala tindakan yang dilaksanakan dapat diselaraskan.sumber MI


nota kaki : macam2 slogan dan program dibuat atas nama Bumiputra/Melayu semata2 nak menarik perhatian mereka untuk terus beri sokongan kepada Umno Barisan nasional....Bajet masing2 dah sapu tapi projek lebuh entah kemana....

Mintak masa lagi.....hah!


UBAH SEBELUM PARAH !

Sabtu, 23 Julai 2011

Hentikanlah buat kerja-kerja bangang !!! Dunia sedang melihat kita....

Pengusaha Bas Pening Kepala....

IPOH - Pengusaha bas ekspres Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng kecoh lagi apabila dikhabarkan premis mereka akan disita dan berpindah ke bahagian atas Kompleks Silveritage milik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk). Hashim Abdul Rahman, 60, mendakwa, pihak pengusaha bas menerima arahan daripada PKNPk beberapa kaunter di aras bawah akan disita dan dilakukan lelongan pada hari ini (semalam) serta mereka perlu mengosongkan kaunter serta merta.

Menurutnya, tindakan berkenaan sama sekali bercanggah dengan apa yang telah diperkatakan sebelum ini oleh pihak PKNPk ketika menyita pejabat pengurusan terminal, Ekspres Variety Sdn Bhd (EVSB).
“Mereka menyatakan sebelum ini memang tidak terdapat apa-apa perintah terhadap pengusaha bas ketika mereka sita EVSB namun kini mereka hantar pula surat minta kami kosongkan premis kami pada 21 Julai.

“Apa sebenarnya yang PKNPk mahukan daripada kami hingga seolah-olah tidak memikirkan nasib dan tindakan mereka nyata akan merugikan banyak pihak,” katanya.
Sinar Harian 19 April lalu menyiarkan keluhan pengusaha yang enggan berpindah ke bahagian atas Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng dan mahu dikekalkan di bahagian bawah yang didakwa lebih selesa serta memudahkan pengguna selain pelbagai kemudahan telah disediakan di bahagian bawah.

3 Mei lalu pengusaha bas ekspres Terminal Bas Ekspres Medan Gopeng kecoh seketika apabila dikhabarkan premis mereka akan disita dan pada 26 April, lebih 21 pengusaha bas berpiket secara aman di hadapan bangunan PKNPk setelah rundingan mereka dengan PKNPk gagal dalam mendapatkan kata putus.
Hashim berkata, pengusaha bas hanya mahu mereka kekal di aras bawah memandangkan mereka sudah selesa mengendalikan perniagaan malah tidak timbul sebarang masalah sejak beroperasi pada 2003 yang lalu.

“Kami merasakan tidak ada keperluan untuk berpindah dan mesej yang kami cuba sampaikan amat mudah memandangkan kami melihat tiada kewajaran untuk berpindah. “Kenapa kami perlu menanggung masalah dan kenapa mereka tidak pernah berbincang dengan kami,” katanya.

Katanya, lebih mengecewakan, tidak ada wakil daripada kerajaan negeri yang turun padang dan menyelesaikan masalah pengusaha yang terdiri daripada orang Melayu.
“Mana wakil rakyat, Exco kerajaan ataupun wakil jabatan yang membela kami para peniaga Melayu di sini, tidak ada satu pun yang datang untuk dengar masalah kami dan yang memberi kami sokongan hanyalah Gabungan Melayu Perak (GMP).

“Kami bukan minta subsidi, minta bantuan kewangan, tetapi kami hanya mahu pihak Kerajaan Negeri prihatin dengan masalah kami serta kami hanya mahu menjalankan perniagaan di aras bawah, itu sahaja,” katanya.
sumber di SH

Jumaat, 22 Julai 2011

Bantu Ashraf supaya rakan-rakannya undi BN ?

Jawapan di Parlimen oleh Datuk Shahrizat Jalil Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat pada 27 April 2011....

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Kerajaan memandang serius fenomena rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sebagai transeksual. Gaya hidup ini bukan merupakan corak kehidupan kita dan bertentangan dengan ajaran agama serta nilai hidup masyarakat negara ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat tidak mempunyai statistik mengenai bilangan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup transeksual kerana kebanyakan daripada golongan ini tidak berani tampil mendedahkan identity sebenar diri mereka.

Walaubagaimanapun,Bengkel Konsensus Kebangsaan ‘Estimation and Projection of the HIV’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26-29 Mei 2009, Expert Group Opinion on Estimation of Most at Risk Populations (MARPs) menganggarkan terdapat seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan, 5,000 pekerja seks lelaki dan 5,000 transeksual di Malaysia.

Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran yang dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Pink Triangle Foundation terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti (Teh, 1998:169). Sehingga kini, tiada sebarang data yang menunjukkan bahawa mak nyah di negara ini menyara hidup dengan menjadi pekerja seks.

(b) Hak asasi golongan transgender untuk hidup sebagai manusia biasa (human rights) tidak dinafikan. Golongan ini masih berpeluang mendapat pekerjaan sekiranya mereka berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan.

Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan sokongan sosial bagi membantu golongan ini terutamanya kepada yang ingin kembali ke pangkal jalan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dengan kerjasama sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tujuan penubuhan pusat ini adalah untuk membantu tiga golongan yang berisiko dijangkiti HIV/AIDS iaitu orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (Mak Nyah). Antara perkhidmatan yang disediakan di PBKS ialah kaunseling, rujukan kepada agensi-agensi berkaitan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Baitulmal dan Pusat Zakat), pusat persinggahan (drop-in centre) dan pendampingan (outreach).

Kerjasama yang erat juga dibentuk dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan perkhidmatan sosial kepada golongan ini.
Berikut pula adalah seruan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim setelah permohonan menukar status Mohd Ashraf Hafiz ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...

"Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing".selanjutnya di sini

nota khunsa : Semakin hari semakin meningkat populasi golongan maknyah dan khunsa di Malaysia menyebabkan mereka akan diberi perhatian oleh kerajaan agar memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Jika mahu permohonan diluluskan pakat-pakatlah undi BN nanti...ada paham ka!

Khamis, 21 Julai 2011

BERSIH 2.0 : Wacana Bukan Agenda Politik...Rosmah jeles lagi !!!

SHAH ALAM – Penganjuran Wacana Sinar Harian ‘Apa Selepas 9 Julai?’ di auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini Selasa depan tidak mempunyai sebarang agenda politik.

“Matlamat utama wacana ini ialah satu perbincangan ilmu untuk percambahan fikiran masyarakat,” kata Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Abd. Jalil Ali.

Beliau mengulas pandangan sesetengah pihak, termasuk menerusi blog, kononnya akhbar harian tersebut mempunyai agenda politik dengan mengundang tokoh-tokoh tertentu menyertai debat terbuka.

Menurut Jalil Siri Wacana Sinar adalah acara bulanan di bawah program ‘Karangkraf Peduli’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.

“Dalam program Karangkraf Peduli itu kita memfokus kepada lima kempen utama iaitu Peduli Jujur (membanteras rasuah), Peduli Iqra (ilmu pengetahuan/pendididikan), Peduli Alam (penjagaan alam sekitar), Peduli Muafakat (kejiranan, kerjasama dan keamanan) dan Peduli Duafa (kebajikan kepada golongan yang memerlukan)

“Untuk program wacana ini menerusi kempen Peduli Muafakat kita mengharapkan perbincangan ilmu secara terbuka ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif untuk kebaikan semua,” katanya.

Menurut Jalil, ia sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) yang memberi ruang dan pentas terbuka bagi mewujudkan rakyat Malaysia yang celik minda menerusi program Wacana yang sudah diadakan sejak awal tahun.

Wacana siri ke-5 ini membariskan anggota panel Datuk S. Ambiga (Bersih2.0), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (SPR), dan Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin (KITA, UKM), dan dipengerusikan oleh Wan Saiful Wan Jan (IDEAS).

Mengulas lanjut mengenai tajuk perbincangan dan anggota panel yang dipilih, Jalil berkata:
“Walaupun sudah dua minggu berlalu, insiden 9 Julai masih hangat diperkatakan, jadi kita menyediakan ruang untuk pihak yang terlibat bersemuka dan membentangkan fakta masing-masing secara terbuka.

“Ini pertama kali wakil SPR, Bersih dan akademik dipertemukan di hadapan audiens untuk satu perbincangan ilmiah, wacana ini bukan siri hentam-menghentam mengikut emosi.

“Saya suka menegaskan ini bukan pentas politik tetapi ruang perbincangan sihat sebagai saluran percambahan minda masyarakat, khasnya kepada pembaca Sinar Harian,” tambahnya.

Wacana akan bermula 2.00 hingga 5.00 petang dan orang ramai dipersilakan datang tanpa sebarang bayaran.

“Tempat duduk terhad, jadi saya nasihatkan hadirin datang awal. Auditorium kami hanya boleh menampung kira-kira 400 orang, tetapi seperti biasa kami menyediakan kerusi dan skrin tonton di luar dewan.

“Seperti siri-siri sebelum ini kami menerima sambutan yang amat menggalakkan dan mereka bersedia untuk mengikuti acara di luar auditorium tanpa sebarang masalah,” katanya.

Berdasarkan publisiti meluas, termasuk menerusi portal berita dan laman web, beliau menjangka sambutan kali ini lebih hebat, “tetapi saya yakin semuanya akan berjalan baik seperti biasa kerana hadirin semua matang dan tidak emosional.”

Mengenai larangan supaya hadirin tidak memakai pakaian yang menonjolkan parti atau kumpulan, beliau berkata:

“Kemeja-T kuning berlogokan Bersih tidak dibenarkan oleh polis, kita kena akur dengan peraturan. Petugas kami berhak menghalang mereka masuk jika didapati tidak mematuhi peraturan,” katanya. Editor SH

nota FRU : Walaupun Pengerusi Bersih 2.0 diugut dan difitnah dengan macam2 label oleh pendokong Apco laknatullah, beliau tetap diiktiraf di UK dan akan mendapat anugerah Doktor Perundangan dari sebuah universiti di sana...Rosmah kompom makin jeles huahuahua!

Selasa, 19 Julai 2011

Selepas Kedah tidak menutup pusat hiburan Cina, Selangor bertindak sembelih peniaga-peniaga Melayu?



“Pusat operasi ini bergantung kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). Kita hanya menguatkuasa penyalahgunaan dan pelanggaran dari segi akta,” katanya.

Selain itu, beliau mengingatkan umat Islam agar sentiasa berwaspada mengenai status halal produk harian memandangkan terlalu banyak penyelewengan yang berlaku terutamanya untuk tujuan perniagaan.


Pada Mac tahun lalu, Majlis Agama Islam Selangor (Mais) telah mengharamkan pengeluaran logo halal kepada enam agensi iaitu Bahtera Lagenda Sdn Bhd, Islamic Food and Research Council (IFRC), SAS-H Consultancy, Perak Religious Officer Association, Halal Food Council S.E.A dan IFANCA International...


** Kepada pencacai-pencacai Umno yang tidak layak bercakap soal moral dan akhlak seorang Muslim lebih baik baca dulu kisahnya di sini...harakahdaily

Ahad, 17 Julai 2011

PROHAM gesa Putrajaya tubuh panel khas tangani isu pilihanraya.


oleh G.Manimaran

KUALA LUMPUR, 17 Julai — Persatuan Promosi Hak Asasi Manusia (Proham) hari ini menggesa kerajaan pusat mengadakan satu mekanisme bebas yang dapat menghalusi segara isu berkaitan dengan pilihan raya termasuk lapan tuntutan diketengahkan Bersih 2.0. Proham berpendapat Putrajaya boleh menubuhkan sebuah suruhanjaya diraja ataupun jawatankuasa pilihan Parlimen bagi tujuan tersebut.

Pendirian ini diulangi lapan hari selepas perhimpunan Bersih 2.0 di ibu negara, yang mendapat fokus di dalam dan luar negara, dan dua akhbar harian utama negara membawa kenyataan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof (gambar) hari ini, mempertahankan sistem pilihan raya negara ini.
“Adalah penting kerajaan pusat mesti berbincang dengan semua pihak termasuk parti-parti politik untuk mencari penyelesaian sesuai sebagai satu perkara segera,” kata Proham dalam satu kenyataan.

Proham berkata melainkan kerajaan persekutuan memberi keutamaan ke atas segala gesaan dan tuntutan, orang ramai akan terus meletakkan tanggapan bahawa kerajaan pusat tidak komited mengadakan pembaharuan pilihan raya.
Kenyataan itu dikeluarkan oleh Pengerusi Proham Tan Sri Simon Sipaun bersama Prof Datuk Hamdan Adnan, Tan Sri R Navaratnam, Dato Michael Yeoh dan Datuk Dr Denison Jayasooria.

Kata mereka, tindakan segera dan praktikal yang mesti dilaksanakan secara bersama khususnya dengan pembabitan pertubuhan sivil ialah mendaftarkan baki 3.7 juta orang yang layak menjadi pemilih.
Proham mengesyorkan kerja-kerja mendaftar mereka itu dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga enam bulan akan datang, ketika ramai membuat spekulasi bahawa pilihan raya akan umum ke-13 bakal diadakan dalam waktu terdekat.

Persatuan itu juga berkata seleps perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai lalu pihaknya telah menerima banyak maklumat mengenai masalah dan status undi pos serta mengenai penggunaan biometrik.
Bersih 2.0 mengetengahkan lapan tuntutan. Pemimpin-pemimpin Barisan Nasional dan yang pro mereka walaupun tidak memihak kepada tuntutan Bersih 2.0, tetapi mengakui sistem pilihan raya negara ada kelemahannya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya mesti meneruskan kempen pendidikan publik di satu sebelah dan pada masa yang sama mengatasi aduan dan rasa tidak puas hati secara tersusun, telus dan bertanggungjawab.
“Perlu ada ruang untuk perbincangan dan dialog secara lebih kerap dan berterusan,” kata Proham sambil menambah, pengundi biasa dan semua pihak termasuk parti-parti politik mesti gembira dengan proses, prosedur dan mekanisme.

“SPR mesti mengambil dengan serius segala pendapat umum memandangkan pengundi kini mempunyai maklumat mendalam (mengenai sistem pilihan raya),” katanya.
Kata Proham, wujud permintaan yang semakin berubah dalam pemikiran demokratik ke arah satu standard yang tinggi, imbang dan periksa berhubung kesalahan pilihan raya dan akses kepada media.

“SPR mesti mengkaji semula kedudukan dan tanda aras agar seiring dengan amalan-amalan pilihan raya di negara membangun dan demokrasi yang matang,” katanya sambil menekankan, pihaknya pernah meminta kerajaan pusat menangani perkara berkenaan yang dibangkitkan oleh Bersih, yang berkaitan dengan pilihan raya adil dan bersih.
“Keadaan ini sangat diperlukan dengan segera dan beberapa langkah konkrit mesti diambil secara proaktif,” kata Proham lagi.sumber TheMsianInsider


Nota kaki : Sudahkah Umno benar-benar bersedia untuk menyerahkan beberapa kerusi Dun dan Parlimen tradisi mereka kepada sekutu baru (KIMMA) yang tidak henti-henti menjalankan kempen turun padang supaya rakyat menukar sokongan kepada BN....kempen bodek kumpul sokongan kepada Gagasan 1Msia tajaan Dato' Najib Razak.sini

BERSIH 2.0 : Tak pasal-pasal 'Rooney' pula dibogelkan.....

Mungkin trauma dengan kisah ugutan dan rampasan baju BERSIH 2.0 bebaru nih.....penyokong fanatik Liverpool tak dapat menerima kedatangan penyerang handalan Manchester United iaitu saudara Wayne Rooney dalam kelompok mereka.

Semoga beliau tabah dengan ujian hanya kerna BAJUUUUU !...hehehe



sumber dari orang muo

Rabu, 13 Julai 2011

Syabas Anak Muda !!! Bersih benar-benar menghantui mereka.....

Tangkapan yang dibuat polis terhadap peserta-peserta Himpunan Aman Bersih 2.0 adalah bercanggah dengan hak asasi manusia dan melanggar prinsip Perlembagaan Negara. Apatah lagi langsung tidak mentaati prinsip dan hak sebagai seorang muslim sepertimana terkandung di dalam perlembagaan Al-Quran dan Hadis.

Tangkapan dilakukan semata-mata mengikut telunjuk penguasa yang kemaruk mengekalkan kuasa jahat mereka. Mempermainkan tujuan murni rakyat untuk menyertai pilihanraya secara lebih adil dan bersih..........



** Benarkah semua tahanan BERSIH 2.0 telah dibebaskan dengan selamat tanpa apa-apa syarat ? Yang pasti sekatan jalanraya di semua arah menghala ke kota Kuala Lumpur dan beberapa siri tangkapan dilakukan hanya kerana ingin menunjukkan kepada dunia sokongan kepada usaha murni ini tiada sambutan rakyat.....Umno Barisan Nasional telah silap !

BERSIH 3.0 benar-benar menghantui tidur malam Bapak-bapak Menteri.....eeeeeeeeaaarrrgh!

Jumaat, 8 Julai 2011

Senarai nama pendatang haram yang dibenarkan mengundi PRU 13 nanti

Senarai nama Pendatang Haram BERSIH:

1. S Ambiga
2. Mohamad Sabu
3. Hishamuddin Md Rais
4. Khairul Anwar Ahmad Zainuddin
5. Maria Chin Abdullah
6. Chua Tian Chang
7. Kamarulzaman Mohamad
8. Mohd Hatta Md Ramli
9. Syed Shahir Syed Mohamad
10. Syed Ibrahim Syed Noh
11. Teresa Kok
12. Badrul Hisham Shaharin
13. Shamsul Iskandar Mohd Akin
14. Arutchelvam Subramaniam
15. Wong Chin Huat
16. Ong Boon Keong
17. Enalini Elumalai
18. Haris Fathillah
19. Sathiasingam
20. Mohd Ibrahim
21. Khalid Yunus
22. Zulkifli Noordin
23. Dr Zubir Harun
24. Abd Hadi Awang
25. Anwar Ibrahim
26. Lim Kit Siang
27. Nik Abdul Aziz Nik Mat
28. Nurul Izzah Anwar
29. Kohila Yanasekaran
30. Zaid Kamaruddin
31. Khoo Teng Swee
32. Fadiah Nadwa Fikri
33. Yap Swee Seng
34. Salahuddin Ayub
35. Mahfuz Omar
36. Nasaruddin Hassan
37. Mazlan Aliman
38. Dr Syed Azman Syed Nawawi
39. Dr Dzulkifli Ahmad
40. Dr Mujahid Yosof
41. Khalid Abd Samad
42. Mohammad Nizar Jamaludin
43. Azman Shapawi Abd Rani
44. Suhaizan Kaiat
45. Nor Azli Musa
46. Mohd Firdaus Jaafar
47. Loke Siew Fook
48. Lai Wen San
49. Mohd Azmin Ali
50. Mat Shuhaimi Shafie
51. Satiful bahari Mamat
52. Wan Hassan Mohd ramli
53. Mohamad Izzuddin Hilmi Mohd Zaini
54. Mohd Shazni Munir Mohd Ithnin
55. Muhammad Hilman Idham
56. Mohd Shukri Che Ab Razak
57. Ahmad Syazwan Muhammad Hassan
58. Choo Chon Kai
59. Sarasvathy Muthu
60. Soh Sook Hwa
61. Nurul Izham Nurul Anuar
62. Abd Rahim Osman
63. Mohd Sibri Ismail
64. Mohd Lukman Muda
65. Prof. Kamaruddin Kachar
66. Mohd Noordin Abdullah

Senarai nama Pendatang HaramJadah PATRIOT:

1. Khairy Jamaludin
2. Megat Firdaus Megat Junid
3. Reezal Merican Naina Marican
4. Megat Zulkarnain Omar Din
5. Rizalman Mokhtar
6. Tengku Azman Tengku Zainol Abidin
7. Lokman Noor Adam
8. Abdul Azeez Rahim
9. Ungku saleh Ungku Jamal
10. Arman Azha Abu Hanifah
11. Tun Faisal Ismail Aziz

Senarai nama Pendatang HaramJadah PERKASA:

1. Ibrahim Ali
2. Ab Rahman A. Bakar
3. Syed Hassan Syed Ali
4. Irwan Fahmi Ideris
5. Roslan Kassim
6. Sharifuddin Abd Hamid
7. Dr Zubir Harun
8. Ameir Hj Hassan
9. Ahmad Saad
10. Ahmad Zaini Ismail
11. Muhammad Zahid Md Arip
12. Abdullah Mansor
13. Zaira Jaafar
14. Norkhaila Jamaludin

Syukur aku diiktiraf warganegara Malaysia juga boleh mengundi PRU 13...nasib nama aku Ummu Salma Binti Hj. Din (K/P : 860609-08-5119 )

Tiada siapa boleh halang aku membeli belah di kota Kuala Lumpur...

Siapa tak pergi dia bukan warganegara !!!

sumber haram disini......

Rabu, 6 Julai 2011

Gotong Royong Bersihkan Stadium Merdeka Sabtu Ini....

BERSIH bakal melakar sejarah baru di Stadium Merdeka sabtu ini. Berkumpul dan melaungkan 8 tuntutan supaya sistem pilihanraya di Malaysia dirombak secara lebih adil dan bersih. Seterusnya beberapa orang jawatankuasa induk akan terus menyerahkan MEMORANDUM BERSIH kepada DYMM Agong di Istana Negara...di sini


Nota kaki : Umno, Perkasa dan Patriot terkulat2 jika bersih diadakan di stadium ataupun terus dibatalkan kerana fitnah,ugutan dan huru-hara yang mereka lemparkan kepada peserta-peserta BERSIH menikam diri sendiri....

Lakonan demo jalanan yang mereka sertai setiap hari menjelang 9 Julai 2011, sudahlah tidak mendapat sambutan rakyat malah mereka sebenarnya membuka pekung sendiri sebagai puak-puak pengacau dan pelampau yang sepatutnya dinyahkan dari muka bumi Malaysia ini....

Tak muat di dalam, luar kita limpahkan....

Syabas......I Luv U Ambiga, so much !!!

Sabtu, 2 Julai 2011

Lakonan Terbaru : Penang Gangster arahan Rosmah?


Lapan ditahan termasuk Ezam

GEORGETOWN - Polis semalam menahan lapan individu termasuk bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohamad Ezam Mohd Nor kerana menyertai satu demonstrasi di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini. Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Ayub Yaakob berkata, tujuh ditahan semasa demonstrasi manakala Ezam menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kesemua mereka yang ditahan berumur antara 27 tahun dan 46 tahun.
“Mereka ditahan kerana mengadakan perhimpunan tanpa permit dan berdegil kerana tidak mahu bersurai ketika diarahkan berbuat demikian manakala Ezam turut memberi ucapan pada perhimpunan itu,” katanya dalam satu sidang akhbar di sini semalam. Ayub berkata polis akan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang menganjurkan perhimpunan tanpa permit.

Mereka ditahan mengikut Seksyen 27 Akta Polis 1967 kerana menyertai perhimpunan tanpa permit.
Terdahulu, seramai kira-kira 1,500 orang terdiri daripada pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demonstrasi secara aman dengan berarak dari Masjid Melayu Lebuh Aceh ke Komplek Tun Abdul Razak (Komtar), di sini semalam.

Perarakan sejauh kira-kira enam kilometer yang bermula 2.45 petang itu bagi membantah perhimpunan Bersih 2.0 dan pentadbiran Ketua Menteri Lim Guan Eng yang didakwa menyokong perhimpunan itu.
SH


Nota gangster mamak : Sandiwara Umno untuk menghalalkan apa saja tindakan mereka terhadap pencinta2 keamanan dan keadilan negara pada acara bersejarah BERSIH 2.0 9 Julai 2011 nanti. Dato' Khalid Abu Bakar telah makulum dengan apa yang dikatakan "saya yang menurut perintah" kepada penguasa yang memberi rezeki pada beliau sekeluarga.

Kepada semua rakyat Malaysia selagi anda patuh pada perkara 10(1)(a)(b)(c)dan(d), maka anda sebenarnya patuh kepada salah satu prinsip bagi menegakkan agama Allah di tanahair tercinta ini. Menuntut hak yang selama ini dinafikan oleh penguasa Umno Barisan Nasional kerana ingin terus berkuasa walaupun terpaksa melanggar hukum-hukum Allah.
...ayuh kita turun kl!

Jumaat, 1 Julai 2011

Khutbah Umno cop BERSIH sebagai gerakan pelampau....

“Negara-negara berkenaan bukan sahaja ketinggalan dan mundur dalam aspek kemajuan dan pembangunan, malah keselamatan hidup seharian pun sentiasa terancam,” kata khutbah khas yang dikeluarkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia ini. sumber MI

cetusan ranting 1 (terkini)