Cabang

Selasa, 20 September 2011

Ambiga lebih beruntung dari Bang Mat......


Walaupun repot polis yang telah dibuat Umno terhadap Datuk Ambiga mencecah 3000 lebih ketika pasca Bersih 2.0 tempoh hari, namun beliau tidak diberi lampu hijau oleh peguam negara untuk didakwa di mahkamah.

Datuk Ambiga yang didakwa Umno sebagai mahu mencetus huru-hara di ibu negara, sebagai pencetus elemen subversif hasil tangkapan 9 aktivis PSM kerana usaha menghidupkan fahaman Komunis, ingin memerangi YDP Agong, peguambela kes murtad Lina Joy, seorang yang berpegang kuat kepada ajaran Hindu, mengangotai pertubuhan Bersih yang haram...

Namun, selepas Himpunan Bersih 2.0 pada 9 julai 2011 yang lalu Datuk Ambiga telah dijemput khas oleh TV3 dan Sinar Harian di dalam Forum bersama wakil SPR bagi menerangkan tuntutan-tuntutan Bersih 2.0 langsung menjawab segala tuduhan-tuduhan jahat yang dilemparkan Umno kepadanya....mekaseh Umno talibarut British !

Berbeza dengan nasib Hj Mohd Sabu yang mencetuskan isu 'Mat Indera' ketika ceramah beliau di Tasek Gelugor Pulau Pinang yang dinaungi DAP pada 21 Ogos 2011. Ceramah santainya menjelang hari kemerdekaan yang lalu adalah merupakan siri ulangan dengan mengaitkan beberapa isu berkaitan kemerdekaan seperti tahun-tahun sebelumnya.

Beliau seringkali mengingatkan pemerintah supaya jangan meminggirkan pejuang-pejuang sebenar yang berkorban nyawa dan harta bagi melawan penjajahan Portugis, Jepun dan British di Tanah Melayu. Nama-nama seperti Dato' Bahaman, Tok Janggut, Dato' Maharajalela, Dr. Burhanuddin Al-helmy, Ustaz Abu Bakar Baqir dan Ahmad Boestamam seperti digelapkan oleh pemerintah Umno.

Hanya mencatit dalam buku sejarah kenegaraan bahawa konon pemimpin Umno seperti Tunku Abd Rahman dan Dato' Onn Jaafar saja yang berjuang untuk kemerdekaan negara. Sebaliknya pejuang-pejuang sebenar telah membekam dalam penjara dan ada di antara mereka yang dibunuh tanpa mendapat sebarang pembelaan serta jasad hilang entah ke mana......

Bersumberkan tidak lebih 100 repot yang telah 'dipaksa' buat oleh Umno dan kuncu-kuncu, akhirnya Hj Mohd Sabu akan didakwa juga di mahkamah esok dengan keizinan peguam Gani Patatail. Dakwaan yang sebenarnya untuk menutup segala kebenaran tentang sejarah menuntut kemerdekaan yang hakiki. Segala kenyataan Hj Mohd Sabu dan pemimpin-pemimpin lain yang cuba membangkit isu ini nanti akan dianggap sebagai menghina mahkamah.

Seperti kes-kes Hj Mohd Sabu sebelum ini yang berakhir dengan beliau didapati tidak bersalah, cuma dakwaan demi dakwaan terhadapnya hanya untuk menganggu tugasnya sebagai pejuang yang ingin memartabatkan Islam di tanahair ini. Selagi beliau berjuang di atas landasan Islam selagi itulah beliau akan ditekan dan diugut supaya berundur secara rela atau paksaan.

Beruntunglah insan yang bernama Ambiga tapi bukan Bang Mat....wallahualam, namun lawan terus lawan !






Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)