Cabang

Ahad, 16 Oktober 2011

Apabila Menteri KDN memandirkan projek IC warga asing.....

Punyalah nak membohong kerana takut hilang kuasa dan segala kesenangan hidup selama nih, Menteri KDN tunjuk muka sekupang dengan projek barunya. Projek buat cip baru IC yang kononnya lebih tahan,canggih dan tidak mudah dipalsulkan....

Seingat penulis, masa projek IC baru yang lalu pun dicanang benda yang serupa....IC paling canggih dalam dunia, Malaysia adalah yang pertama, bukti kerajaan umno serius soal keselamatan negara....aahhhh podah !

Belum pun IC baru teruji ketahanannya, Menteri KDN ni membebel dan melabun nak mendedahkan pula ;-

Hak warganegara juga diberi kepada kerabat pembangkang,

"Ada pemimpin-pemimpin daripada pihak parti pembangkang sendiri yang telah kita (kementerian) luluskan. Itu sahaja telah membuktikan bahawa kita tidak memilih bulu".

"Apabila Ketua Pengarah JPN (Datin Jariah Mohd Said) menjawab (dakwaan tentang isu warga Bangladesh itu), mereka (pembangkang) senyap," katanya dan menambah, pembangkang sering memperlekeh usaha KDN di atas pertimbangan politik mereka. "Daripada tujuh yang boleh mengundi, hanya empat yang mendaftar untuk menjadi pengundi," kata Hishammuddin.

sumber di sini

nota kaki : Ini semua adalah kerja-kerja 'suci' yang digunakan untuk terus menipu dan menutup mata rakyat terhadap pengkhianatan umno dan Barisan Nasional kepada negara. Mereka bertindak licik dengan projek yang bukan-bukan untuk mengisi tembolok mereka.

Alasan 'Pak Pandir' sering digunakan iaitu bukan mereka saja yang dapat tapi orang lain pun dapat juga. Lebih tepat lagi bukan mereka saja yang menang tapi Kelantan, Kedah, P.Pinang, Selangor dan Perak pun pembangkang juga menang.

Sebenarnya mereka tahu akan tumbang dalam PRU 13 nanti, mereka akan terus menipu tapi tidak untuk semua kerusi Parlimen dan Dun di seluruh negara. Dengan membiarkan beberapa kerusi dimenangi Pakatan Rakyat(tidak lebih 2/3), alasan 'Pak Pandir' akan dimainkan.wallahualam.

1 ulasan:

  1. bodo ape ?Orang cakap pasai pati senang2 dpt mykad dia cakap pasai nak buat mykad baru... macam ni punya menteri pun ada ka? macam2 ada...

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)