Cabang

Rabu, 26 Oktober 2011

Kenapa hanya Hudud, dimana cantiknya Qisas dan Ta'zir ?



Bila berbicara soal Hukum Islam mengapa selalunya kita hanya mengaitkan tentang Hukum Hudud semata-mata dengan meninggalkan kebaikan yang ada pada Hukum Qisas dan Ta'zir. Bukankah Allah menyuruh kita mentaati segala perintahnya tanpa meninggalkan sedikit pun.....

"Dan di dalam hukum qisas itu ada jaminan hidup bagi kamu, wahai orang-orang yang berakal fikiran supaya kamu bertaqwa." (Surah Al-Baqarah, 2:179)

Semuanya telah maklum selama ini Enakmen Undang-undang Syariah di semua negeri termasuk Kelantan dan Terengganu hanya menjalankan hukuman mengikut Ta'zir yakni formula istimewa 3-5-6 ataupun 3 tahun penjara-5 ribu denda-6 sebatan...

Kalau nak dikira zalim dan tidak adil, sekiranya didapati seorang bukan muslim telah melakukan zina dengan seorang muslim....yang hanya diadili dan dijatuhi hukuman hanyalah muslim tersebut dan bukan muslim tidak dikenakan walau apa-apa hukuman dan bebas meneruskan kerja jahatnya itu. Tiada undang-undang syariah yang boleh mensabitkan mereka selama ini....

Namun, semakin hari berbagai bentuk jenayah baru yang tidak pernah terfikir oleh kita telah berlaku dan wajib diambil peduli sekiranya kita mengaku beriman dengan kitab Allah. Moga ianya tidak berlaku kepada anak cucu kita juga ketika mereka tidak dalam jagaan semasa kita bekerja.

Contoh kes 'Simbah Asid' yang berlaku statistik menunjukkan pada 2009 sebanyak 13 kes telah meningkat kepada 20 kes pada 2010. Jumlahnya terus meningkat kepada 33 kes sehingga bulan Oktober 2011. Adakah kita yakin kes ini tidak berpanjangan sekiranya Hukum Qisas yakni simbah dibalas dengan simbah telah lama kita jalankan?. Penjenayah tidak merasa gerun dengan hukuman selama ini walaupun dia diberi ampun oleh mangsa.....


Kes rogol dengan statistik 13 kes setiap hari juga menampakkan kegagalan pemerintah membantu menyelesaikan masalah ini. Bermacam-macam jenis 'sumbang' telah berlaku kerana kelemahan perbicaraan di mahkamah . Sepatutnya kes-kes sebegini digunakan kepakaran forensik untuk membantu tapi lebih diutamakan kepada kes 'liwat'.

”Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir.” (Al Maidah: 44)


”Barangsiapa yang tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang zalim.” (Al Maidah: 45)


”Barangsiapa tidak memutuskan perkara menurut apa yang diturunkan Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang fasik.” (Al Maidah: 47)


nota kaki : Adalah lebih mulia sekiranya mufti-mufti dan sultan-sultan bermuhasabah diri dengan mengambil contoh kerajaan Brunei Darussalam dalam membuat reformasi sistem kehakiman Syariah mereka bebaru ni. Bukannya dilihat pada hukuman semata-mata tapi lebih cantik dan adilnya Hukum Hudud,Qisas dan Ta'zir ditonjolkan.....wallahua'lam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)