Cabang

Khamis, 29 Disember 2011

A.B.U berkampung 3 Hari 2 Malam di Dataran Merdeka?


Beberapa Jalan Utama Sekitar Dataran Merdeka Ditutup Jumaat Hingga Ahad Ini

KUALA LUMPUR: Beberapa jalan utama di sekitar Dataran Merdeka akan ditutup mulai 9 malam Jumaat ini sehingga 5 pagi Ahad (1 Januari 2012) depan sempena sambutan Tahun Baru 2012.

Dalam satu kenyataan, Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Ruslin Mohd Noor berkata, penutupan itu bagi memastikan acara seperti pertunjukan pentas dan pertunjukan bunga api yang diadakan di Dataran Merdeka berjalan dengan lancar.

Katanya, penutupan jalan itu membabitkan Jalan Tuanku Abdul Rahman/Jalan Raja, Jalan Hishamuddin/Jalan Raja dan Jalan Mahkamah Persekutuan. - BERNAMA


Nota Abu : Alang2 ditutup jalan kolumpo penghujung tahun untuk sambutan gilang gemilang transformasi negara, tak sama seperti Umno huru-harakan pada himpunan Bersih 2.0 yang lalu...Baik kita pakat ramai-ramai bermalam terus di Dataran untuk menggerakkan 'Asalkan Bukan Umno' pada anak-anak muda yang datang nak berkinja nanti...kompom berasap jambul Rosmah Mansor....


Bukan peduli rakyat sesetengah negeri yang masih bertarung dengan banjir di Sarawak, Sabah, Pahang dan Johor(Negeri-negeri Darul Umno)

Undilah walau cap Ayam, Asalkan Bukan Umno......

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)