Cabang
Selasa, 3 Januari 2012
Zambry genggam bara hadapi Mahasiswa ? sampai jadi A.B.U....
Gerakan mahasiswa jangan jadi alat pihak berkepentingan: Zambry
2012/01/02
IPOH: Kepimpinan setiap gerakan mahasiswa perlu jelas dengan apa yang mereka perjuangkan supaya tidak menjadi alat kepada kumpulan yang berkepentingan lebih besar, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.
Zambry yang pernah aktif dalam gerakan mahasiswa dan pernah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1998 menyifatkan perhimpunan haram anjuran Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim itu, jelas mempunyai matlamat tertentu.
"Kita dengar apa yang berlaku dan sebab itu selalu ingatkan gerakan penuntut, sebagai kepimpinan dalam gerakan, janganlah sampai menjadi alat untuk memuaskan dan memenuhi kehendak satu-satu kumpulan dan parti," katanya kepada pemberita selepas majlis memperkenalkan pemain bola sepak skuad Perak di kediaman rasminya di sini, hari ini.
Zambry diminta mengulas kekecohan dalam perhimpunan haram anjuran SMM di ambang sambutan tahun baru di UPSI membawa kepada dua anggota kumpulan itu cedera kerana didakwa akibat tindakan polis yang cuba menyuraikan mereka.
Semalam, Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Shukri Dahlan menafikan tuduhan anggotanya menggunakan kekerasan terhadap mereka yang menyertai perhimpunan haram itu yang tersebar di beberapa blog.
Kecederaan anggota kumpulan mahasiswa itu adalah disebabkan rempuhan yang mereka lakukan sendiri manakala perhimpunan itu haram kerana tidak mempunyai permit dan SMM pula sebuah persatuan yang tidak berdaftar, katanya.
Zambry berkata, ada pihak yang mengambil kesempatan daripada kejadian itu dengan tujuan meraih simpati orang ramai untuk menyokong mereka.
Beliau berkata, tindakan mengganggu ketenteraman awam termasuk perbuatan merempuh sebuah klinik semasa perhimpunan itu adalah sesuatu yang tidak boleh diterima.
"Apa pun perbuatan mengganggu keharmonian dan kedudukan awam satu perkara yang tidak boleh diterima. Biarlah polis membuat siasatan menyeluruh sama ada tindakan mereka itu dalam lingkungan yang dibenarkan atau tidak," katanya.
Awal pagi semalam, kira-kira 70 penuntut beberapa universiti berhimpun secara haram di perkarangan UPSI bagi menuntut pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971.
Mereka juga mendesak supaya penuntut UPSI, Adam Adli, yang menurunkan bendera wajah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Ibu Pejabat UMNO pada 17 Disember lalu, tidak dikenakan tindakan tatatartib oleh pentadbiran universiti berkenaan. - BERNAMA
Nota mamak : Zambry lupa kut video ni....
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Dua tahun kerajaan Madani menguak ke depan11 jam yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan