Cabang
Sabtu, 14 Januari 2012
Nazri Aziz mengaku SPR,Polis dan AG tipu?
Jimadie Shah Othman
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz mengaku bahawa beliau merupakan pihak yang bertindak menghalang penggunaan dakwat kekal dalam pilihan raya umum lalu.
Jelasnya, cadangan itu dipersoal pada 2008 kerana berbangkit isu perlembagaan berhubung hak warganegara berumur lebih 21 tahun untuk mengundi.
"Pada 2008 ada cadangan menggunakan dakwat kekal. Orang yang persoalkan sayalah," katanya dalam wacana membincangkang pilihan raya bebas dan adil di Kota Bharu malam tadi.
Turut terlibat dalam forum anjuran kerajaan Kelantan itu bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman dan exco kanan negeri Kelantan, Datuk Husam Musa.
Menurut Nazri, ia antaranya mengambil kira hak warganegara layak yang mahu mendapatkan kertas undi tetapi enggan dicalit dakwat kekal.
"(Jika ini berlaku) apa yang akan berlaku? Sebab dalam perlembagaan disebut rakyat yang berumur 21 tahun dan berdaftar layak mengundi.
"Jadi, oleh kerana keadaan sudah terlalu dekat (dengan pilihan raya), SPR mengambil keputusan tidak teruskan dakwat kekal. Itu sahaja sebab perlembagaan belum putuskannya."
Bagaimanapun, tambahnya, selepas jawatankuasa khas parlimen (PSC) mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya membincangkannya, Majlis Fatwa Kebangsaan membenarkan dan peguam negara berkata ia tidak menyalahi perlembagaan, tindakan itu akhirnya dilakukan.
"Jadi, itu sebabnya pada 2008 kita tidak buat," jelasnya lagi.
Nazri mengulas kenyataan Abdul Rashid dalam wacana yang sama bahawa beliau mahu melaksanakan pelbagai pembaharuan ketika menjadi orang nombor satu SPR, termasuk memperkenalkan dakwat kekal, tetapi disekat oleh pihak tertentu yang tidak dinamakannya.
lagi baca sini.....
nota kaki : 3 hari sebelum pru 12 ketiga-tiga TS Abdul Rasyid(SPR), TS Musa Hassan(PDRM)dan Dato' Gani Patail(AG) telah mengadakan sidang tergempar bagi membatalkan penggunaan Dakwat kekal dengan alasan ada pihak yang tidak bertanggungjawab menyeludup masuk dakwat kekal bagi tujuan memanipulasi undian serta boleh menimbulkan huru-hara.......tiada kena mengena dengan percanggahan perlembagaan! agak2 malaon ni boleh disaman RM100 juta?
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Pemuda Umno dari Hidup Melayu ke boikot KK Mart5 hari yang lalu
-
-
SUKA MUHONG8 bulan yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
KEMeNANGAN YANG DINANTI DI PADANG SERAI DAN TIOMANSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKYSetahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUTSetahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan NegaraSetahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam AfghanistanSetahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah5 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi5 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?6 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’6 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh8 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan10 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat11 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan11 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib11 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA12 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Sememangnya UMNO menghalalkan cara untuk mencapai matlamat. Halal atau haram, bermoral atau tidak bermoral tidak menjadi soal asalkan matalamat tercapai. Yang paling dahsyat ialah mengkhianati negara dengan memberi kerakyatan kepada warga asing supaya boleh mengundi mereka dan seterusnya
BalasPadammemalingkan hak rakyat yang turun menurun menjadi warganegara. UMNO adalah pembelot "traitor", "treason" kepada negara. JANGAN UNDI UMNO DAN BN! SELAMATKAN RAKYAT DAN NEGARA MALAYSIA!
salam Tajul...
Padamrasanya benda2 lain dah tak termakan,akhirnya SPR juga akan diperlembukan,8 tuntutan bersih tertunai kiamat bagi Umno Be End.