Cabang

Ahad, 11 Mac 2012

Mat Rais Yatim puji MB Kedah, sindir MB Haram Perak?


"Ketegasan Menteri Besar Kedah ini harus dipuji kerana beliau tidak mahu pihak luar campur tangan dalam urus tadbir negeri," kata Rais selepas merasmikan program Komuniti 1Malaysia Merakyatkan Seni dan Budaya (PMS) di sini, hari ini.

"Sikapnya menunjukkan beliau Menteri Besar yang memahami undang-undang walaupun di belakang, kiri dan kanannya masih ada belas kasihan terhadap rakyat," ulas Rais mengenai tindakan Azizan semalam yang memberi 'pukulan balas' terhadap kelompok yang berusaha melemahkan kepimpinannya dengan menegaskan beliau hanya berpegang kepada peraturan yang termaktub dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Kedah untuk mengurus tadbir kerajaan negeri.

Azizan berkata tiada perkara lebih tinggi dari Perlembagaan Kedah yang memperuntukkan Menteri Besar adalah ketua tertinggi bagi badan eksekutif negeri walaupun beliau bersikap terbuka dan sedia mendengar apa saja pandangan atau nasihat mana-mana pihak termasuk Jawatankuasa Pemandu yang ditubuhkan Pas Pusat.

Rais juga berpendapat Azizan telah berjaya melaksanakan tugasnya menyebabkan sikapnya tidak disenangi oleh pemimpin pakatan pembangkang sendiri.

"Menteri Besar ini orangnya baik walaupun tidak dapat tunaikan kehendak rakyat sepenuhnya namun sikapnya disenangi rakyat. Oleh itu rakyat Kedah wajar membuat penilaian waras pada pilihan raya umum akan datang.

"Kalau rakyat berikan peluang kepada Barisan Nasional (BN), kita percaya boleh lakukan lebih baik daripada kerajaan Pas sekarang," katanya.

celoteh mat rais di sini....

nota kaki : harap2 pengerusi BN kedah tak paneh pungkoq bila hadam ulasan mat rais ni serta pengerusi BN Perak juga perlu ambil iktibar bila ada masalah exco2 dan menteri besar jgn main rampas2 kuasa macam rejim israel laknatullah,undang2 tubuh negara haram israel tidak sama dengan undang2 tubuh kerajaan Perak....lawan tetap lawan!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)