Cabang

Khamis, 22 Mac 2012

Woi barua SPR ! sudah-sudahlah buat kerja bangang....

Subjek Pilihan Raya Di Sekolah Bukan Untuk Sebar Ideologi Politik - SPR

KUALA LUMPUR: Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar subjek mengenai pilihan raya diperkenalkan di sekolah bertujuan membantu pelajar memahami sistem pemerintahan negara.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wira Wan Ahmad Wan Omar berkata ia bukan satu program politik untuk menceritakan ideologi mahupun kebaikan sesuatu parti politik.

Matlamat utama memperkenalkan mata pelajaran itu adalah untuk mencetuskan kesedaran dan perasaan sayang remaja kepada masa depan negara, katanya ketika ditemuramah dalam program "Dalam Radar" terbitan Bernama Radio24.

Wan Ahmad berkata melalui subjek itu, pelajar akan didedahkan dengan pemahaman asas mengenai demokrasi, dan kenapa negara perlu mengadakan pilihan raya selain tanggungjawab rakyat dalam menentukan kerajaan.

"Ini cerita sebenarnya...bukannya kita nak beritahu parti politik A ini lebih baik daripada parti politik B," katanya.

Beliau berkata SPR hanya mencadangkan supaya mata pelajaran itu diperkenalkan tetapi terpulang kepada kerajaan untuk memutuskan sama ada ianya perlu dilaksanakan. - BERNAMA

nota kaki : kengkadang tak terpikir apa yg ada dalam kepala hotak umno@apco@spr ni.....tuntutan bersih yang 8 tuu memang wajar dan cukup adil tapi tak dipandangnya langsung.

alih2 buat kerja bangang dan memang diorang tahu kerja tu kerja bongok tapi agaknya dah tak ada pilihan lain nak tipu undi tapi tunjuk suci, terpaksa jugalah pengikut2 angguk.

yang penting buat dulu le......bangang! rakyat juga tiada pilihan melainkan jalanraya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)