Cabang

Isnin, 11 Jun 2012

Euro 2012 : Pelanggan restoran mamak naik 20%.....


KUALA LUMPUR - Pelanggan di restoran mamak dikatakan boleh meningkat sehingga 20 peratus sempena musim kejohanan bola sepak Euro sekarang. Namun menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma), Noorul Hassan Saul Hameed, peningkatan adalah bergantung kepada pasukan pilihan yang bermain seperti Sepanyol atau Jerman. 

 "Jika ia bukan antara pasukan pilihan, peningkatan pelanggan hanya sekitar lima peratus," katanya kepada Bernama. Tetapi dari segi keuntungan, beliau berkata jumlah pelanggan tidak semestinya menjamin keuntungan berlipat ganda kerana kebanyakannya hanya memesan minuman. "Minum satu cawan air untuk dua jam, tak boleh kata membawa keuntungan yang begitu baik. 

Ia lebih berbentuk penuhkan kedai daripada peti duit kita," kata Noorul Hassan yang berkata Presma mempunyai 2,814 ahli di seluruh negara. Pada masa yang sama, beliau berkata meja yang dipenuhi 'kaki bola' ada kalanya menyebabkan pelanggan lain sukar mendapat tempat duduk. 

 "Walaupun jadual perlawanan lewat malam, ada yang datang booking tempat seawal 10 atau 11 malam," katanya. Beliau berkata restoran mamak yang hanya menyediakan peti televisyen untuk menonton tetap menjadi tumpuan walaupun di tempat lain turut menyediakan skrin besar. 

Ini kerana restoran mamak lebih terbuka dan santai di samping pelanggan boleh memesan pelbagai makanan dan minuman, katanya. Bernama

nota tosey : Gang mamak telah bersuara konon melayu mari melepak tak keluo banyak modal tengok bola kt kedai dia pasalnya 99.9% pelanggan kompom melayu. Dasar mamak tak kenang budi, tiap2 tahun balik India melayu-melayu lah yang taja AirAsia(MAS takde class bro).....

Gambar sepinggan mee goreng kat atas tu bukan di kedai mamak, itu mee goreng mak aku masak jamu cucu-cucu dia....sorry nak dapat camtu melainkan cuco kucai(bukan udang ye) dan batang-batang sawi je dicampak ke kuali.

malam ni ada date dgn Cik Portugal kt kedai mamak hehe.....modal air panas je,spare kopi radix 3 bungkus haha padan muka ko mamak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)