Cabang

Rabu, 13 Jun 2012

Umno rompak RM100juta lebih untuk PRU13 ?

Fatwa haramkan BERSIH 3.0 utusan dan tv3 yang keluarkan, bukannya Majilis Fatwa Kebangsaan....mereka akan disaman lagi?

Marahkan AirAsia, tak pasal-pasal Sukuk MAS bakal ditaja Kumpulan Wang Simpanan Pekerja secara paksa rela....yang pertama di dunia.

dan.....
 
Dalam diam2 Najib akan memulakan projek tabur bagi pekerja(MPs Umno) mengharungi PRU13 dalam apa cara sekalipun untuk memenangkan Barisan Nasional. Kalah, bermakna Umno dan Barisan Nasional akan lenyap dari bumi Malaysia dan terus menjadi sejarah sebagai sebuah Rejim yang telah menghancurkan masa depan rakyat khususnya orang-orang melayu.


oleh Shannon Teoh

KUALA LUMPUR, 12 Jun — Para ahli Parlimen (MP) daripada Barisan Nasional (BN) dijangka akan menerima sejumlah RM1.5 juta bagi mempertahankan kerusi mereka, ekoran pentadbiran Najib berkemungkinan hanya mengadakan pilihan raya ke-13 selepas pengumuman Bajet 2013 pada 28 September depan.

The Malaysian Insider difahamkan peruntukan itu diumumkan sewaktu mesyuarat BN semalam, namun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih lagi berteka-teki dengan tarikh pilihan raya.

Sumber mengesahkan ia akan mengambil masa tiga bulan untuk projek-projek tersebut dikenalpasti dan dijalankan, dan pengumuman lain ketika bajet 2013, termasuk pemberian wang tunai Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) yang memerlukan tempoh lama untuk dilaksanakan.

Ahli-ahli Parlimen BN enggan mendedahkan jumlah sebenar tetapi mereka berkata sebahagian dana tersebut “boleh diperolehi berdasarkan permintaan.”

“Kami perlu mintanya untuk projek spesifik,” kata Timbalan Menteri Sains, Teknologi, dan Inovasi, Datuk Fadillah Yusof.

selanjut disini....MI

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)