Orang Parti Jual Tanah
BANDAR JERANTUT - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diminta menyiasat penjualan tanah di kawasan bandar Jerantut yang didakwa berlaku penyelewengan membabitkan penjawat awam dan ahli Umno sendiri.
Ketua Pemuda Umno Bahagian Jerantut, Datuk Wan Amizan Wan Abdul Razak berkata, kes itu perlu disiasat supaya imej dan nama baik Umno dapat dibersihkan daripada segala unsur rasuah.
Menurutnya, Pemuda Umno berasa terpanggil membuat laporan kepada SPRM supaya menyiasat perkara itu bukan sahaja untuk membersihkan imej parti, malah bagi mengekang segala manipulasi projek dalam kawasan bandar oleh pihak tertentu.
"Laporan kepada SPRM akan dikemukakan dalam minggu ini supaya siasatan segera boleh dilakukan bagi membuktikan sama ada pihak tertentu memainkan peranan sehingga menyebabkan tanah di bandar ini beralih kepada syarikat bukan Melayu.
“Siasatan perlu dijalankan berikutan perkara ini kerap dibangkitkan ahli Umno di sini, malah Pemuda Umno turut menerima aduan daripada orang ramai supaya kes ini disiasat mengikut undang-undang,” katanya kepada Sinar Harian.
Wan Amizan berkata, dalang yang didakwa dalam kalangan orang kuat Umno itu sendiri telah menyebabkan banyak tanah di bandar Jerantut bertukar milik kepada pihak lain.
Katanya, sebilangan tanah di Bandar Baru yang menempatkan tapak rekreasi, stesen teksi dan bas contohnya, sudah terlepas kepada syarikat tertentu akibat tindakan pihak terbabit.
“Pemuda Umno juga mahu SPRM membuat siasatan mengenai manipulasi ‘projek silang’ dalam kawasan bandar yang dilihat dimonopoli syarikat tertentu.
“Kita khuatir wujud unsur korupsi, penyalahgunaan kuasa dan gejala lain bagi kepentingan satu pihak, sedangkan rakyat seperti peniaga, pemandu teksi dan pengusaha kecil ditindas,” katanya.
Beliau berkata, Pemuda Umno sedia mengemukakan bukti supaya mereka yang terlibat disiasat mengikut undang-undang.
Wan Amizan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tahan berkata, laporan yang akan dikemukakan Pemuda Umno kepada SPRM itu adalah untuk membersihkan imej Umno yang dilihat tercalar oleh perbuatan segelintir ahlinya.
"Perbuatan mereka menyebabkan parti pembangkang mengambil kesempatan, memperlekeh Umno dan memberi impak pada pilihan raya umum tidak lama lagi.
“Siasatan perlu dibuat dan perlu dibuktikan untuk pengetahuan rakyat sesuai dengan perjuangan Umno yang lebih telus. Ini penting bagi melakarkan perubahan di samping perlu mempunyai pemimpin yang berintegriti dan amanah,” katanya.SH
Dengarlah rintihan anak-anak Jerantut kepada pemimpin-pemimpin Umno khususnya di negeri kelahiran Dato' Najib sendiri......
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga3 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan