Cabang
Selasa, 25 September 2012
Najib, masihkah kau ingat peristiwa di malam itu ?
Najib terpaksa buat lupa apabila beliau telah 'dipusarakan' oleh Mahasiswa-mahasiswi di malam ambang merdeka 2011...kerana janji pemansuhan AUKU telah dicapatikan!
Bermula daripada malam kemerdekaan itu semakin ramai mahasiswa telah bangkit untuk mempertahankan hak-hak mereka sebagai bakal peneraju negara selain mengejar bergulung-gulung ijazah di universiti tempatan...mahasiswa di luar negara lebih beruntung dalam hal ini kecuali yang mendapat tajaan JPA dan Mara...
Ugutan dan tekanan terus berlaku walaupun suatu ketika dulu mahasiswa dilihat kaku apabila berhadapan dengan isu semasa...apa lagi saat ini, gerakan abu lahab terus menerus berlaku malah semakin jahat hingga ke hujung dunia sekalipun...itu janji Allah.
KUALA LUMPUR: Gabungan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (GMUKM) mendakwa enam calon yang menyertai pilihan raya kampus (PRK) telah menerima ugutan bunuh dan culik.
Calon daripada pro-mahasiswa itu dipercayai diugut oleh pihak yang tidak dikenali dengan menghubungi keluarga calon terbabit di kampung.
Jurucakap Pro-M UKM, Ahmad Afif Zulkifli, mendakwa ugutan tersebut diadukan calon-calon terbabit kepada beliau sejak pagi tadi.
Beliau percaya ugutan tersebut dilakukan bagi menimbulkan rasa takut calon yang kemudiannya akan bertindak menarik diri dari bertanding dalam PRK.
Afif juga berkata, dua laporan polis sudah dibuat berhubung ugutan tersebut, satu di Kedah dan satu lagi di Pulau Pinang.
"Kami melihat ia satu perkara serius yang perlu mendapat perhatian pihak bertanggungjawab. Kita bimbang dengan keselamatan calon-calon ini," tegas beliau pada sidang media di lobi parlimen, petang tadi.
Selain ugutan tersebut, Afif turut berkata beberapa kain rentang yang mewakili calon-calon daripada Chinese Community Council (CCC) dan GMUKM disabotaj dengan menggunakan cat merah.
Dakwanya lagi, jika dilihat modus operandi tersebut, ia mirip modus operandi yang dilakukan Umno dalam siri simbahan cat ke atas bas merdeka rakyat.
Justeru, beliau menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak yang terbabit dengan sabotaj tersebut.
Daripada 28 kerusi yang dipertandingkan, tujuh kerusi telah dimenangi calon pro-mahasiswa tanpa bertanding, yang memerlukan hanya lapan kerusi untuk dimenangi pro-mahasiswa bagi memperolehi majoriti bagi menguasai PRK yang akan bermula esok.
Sementara itu, Ahli Parlimen Padang Terap, Mohd Nasir Zakaria, berkata ugutan bunuh dan culik yang berlaku ini adalah satu kejadian pertama kali dalam sejarah PRK.
"Ugutan ini satu perkara biasa bagi calon pro-mahasiswa ini. Namun, tidak pernah ada dalam sejarah ugutan bunuh dan culik. Ini kali pertama dan kita harap pihak polis segera melakukan siasatan," tegas beliau pada sidang media yang sama.
Turut serta pada sidang media itu ialah Presiden Ikatan Study Islam UKM, Mohd Azan Safar dan beberapa aktivis pelajar yang lain.HD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Malam Ilmunisasi Puisi Alam di Desa Gemalai kembalikan hakikat kehidupan3 minggu yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
INGATKAN PERISTIWA DI PORT DIKSON,
BalasPadam