Seminggu dua kecoh pasal Suaram yang didakwa Umno telah dapat dana daripada Soros@Syaitan yg Tun Madey kenali....Suaram yg dikatakan telah melanggar syarat2 yg telah ditetapkan SSM,siasat punya siasat Peguam Negara 'reject' kerana siasatan SSM macam cibai...
Tak tau samada SSM akan buka siasatan semula atau tidak bergantung arahan daripada Umno yang dikenali.....
Cerita semalam pulak kisah Toke-toke pelaburan Emas tak masuk ikut pintu depan apabila berniaga di bumi 1Msia ni. Beberapa syarikat Emas telah bertahun-tahun lamanya berniaga emas di seluruh dunia termasuk di Singapore dan Indonesia....Dengar cita ramai yg dah kaya sekelip mata.
Mendukacitakan, apabila syarikat yang sama nak kembangkan 'konti' di bumi 1Msia tetiba tersekat. Cara dan konsepnya sama di 1Dunia malangnya di 1Msia nak disekat. Ingat selama ini warga BNM tak sedar dengan kewujudan toke-toke pelaburan Emas?
Mudahnya, Kedua-dua kisah ini tidak menguntungkan Pemerintah Umno dari segi keuntungan politik kerana Suaram sering mendedahkan kepincangan pemerintahan Umno terutama isu hak asasi dan juga isu Scorpene. Manakala toke-toke emas tidak membayar cukai kepada pemerintah walaupun mereka memperolehi keuntungan berlipat kali ganda.
Alih-alih mainkan isu 'syariah atau tidak' sistem perniagaan yang mereka sertai.
Gesa Bank Negara Bertindak Ke Atas Syarikat Skim Pelaburan Emas
KUALA LUMPUR: Sejumlah 37 syarikat skim pelaburan emas didapati tidak mematuhi undang-undang yang ditetapkan Bank Negara Malaysia (BNM) dan tidak berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
Pengarah Sekretariat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dr Izham Nayan semasa membuat dakwaan tersebut berkata sindiket pelaburan emas hendaklah dipantau lebih rapi serta diambil tindakan segera agar tidak lagi mengambil wang pelaburan secara haram.
"Demi memastikan pengguna tidak menjadi mangsa kerakusan sindiket penipuan ini, PPIM menggesa BNM mengambil tindakan segera ke atas syarikat pelaburan emas yang tidak berlesen ini.
"Kami berharap sindiket penipuan ini dapat dibendung dan wang pelaburan para pendeposit dapat diselamatkan," katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.
Sementara itu, Pegawai Kerja PPIM, Mohd Mustaffa Hamzah berkata perkara ini boleh mencetuskan pelbagai masalah ekonomi dan sosial yang teruk kepada orang ramai jika tidak dipantau dengan rapi.
"Pihak BNM perlu mengambil tindakan segera kerana ianya bukan sahaja akan menyebabkan pelabur kerugian besar bahkan masalah kepada sistem ekonomi dan sosial negara," katanya. - BERNAMA
nota : Judi ada 2 yang 1 haram yang 1 halal, aktiviti judi yang tidak berdaftar dan bercukai adalah haram tapi aktiviti judi sepeti Toto dan Magnum dihalalkan kerana ianya memberi keuntungan kepada kantung pemimpin negara.
Kebanyakan syarikat emas ini berdaftar di luar negara haha. Inilah masanya pegawai SSM nak melancung ke luar negara secara percuma....
Semua ini tiada kena mengena dengan Cik Rosmah, Cikgu Rosmah ataupun Rosmah Mansur melainkan ianya secara kebetulan.Wallahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan