Cabang
Selasa, 11 Jun 2013
Anak kecil tahanan ISA belum jumpa ayah sejak dalam kandungan....Hancur ISA !!!
KUALA LUMPUR: Gerakan Mansuhkan ISA (GMI) konsisten dengan tuntutan agar kesemua tahanan akta itu dibebaskan segera.
Sekretariat GMI, Syukri Razab berkata kerajaan perlu mewujudkan Suruhanjaya Rekonsiliasi bagi menyiasat semua salah laku di bawah ISA dan mengheret individu terlibat ke muka pengadilan serta memberi pampasan yang setimpal kepada mangsa ISA dan keluarga mangsa.
Katanya, 22 Jun ini genap setahun ISA dimansuhkan secara rasminya. Pemansuhan ISA itu berlaku serentak dengan pewartaan Akta Kesalahan Kesalamatan (Langkah-langkah Khas 2012) atau dikenali juga dengan ringkasan SOSMA.
Menruutnya, SOSMA dikuatkuasakan dalam keadaan Kerajaan masih belum memperbetulkan segala kesilapan sepanjang ISA digunakan. 15 orang tahanan ISA masih mendekam di Kem Tahanan Kamunting.
Daripada jumlah itu, jelasnya 8 orang merupakan warga tempatan, 3 Sri Lanka, 3 Filipina dan seorang Indonesia.
Di Tawau Sabah, ujarnya ada 6 orang isteri masih terpisah daripada suami dan 20 orang anak kecil masih terpisah daripada ayah mereka.
“Lebih perit, sehingga ke hari ini masih tidak ada alasan jelas mengapa tahanan ISA terus dikurung sedangkan akta yang digunakan untuk menahan mereka telahpun dimansuhkan,” katanya yang juga Penyelaras Suaram.
Tambah beliau, tahanan ISA yang paling akhir akan dibebaskan ialah tahanan dari Tawau Sabah.
Menurutnya lagi, engikut perintah tahanan, mereka hanya akan dibebaskan pada Januari tahun depan setelah genap 2 tahun tempoh tahanan.
Beliau menegaskan, biarpun masa penahanan tinggal kurang lebih 7 bulan, Suaram dan GMI tetap konsisten mendesak pembebasan awal kesemua tahanan ISA.
Katanya, Suaram dan GMI ingin mendesak Menteri KDN yang baru, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi agar segera membebaskan kesemua tahanan ISA.
Menteri KDN yang baru tidak wajar meneruskan kegagalan yang lama kerana tidak wujud istilah terlambat untuk membetulkan segala kesalahan yang berlaku.
Beliau berkata, bekas Menteri KDN Datuk Seri Seri Hishammuddin Hussein semasa mengetuai Kementerian Dalam Negeri tidak langsung menunjukkan kesungguhan untuk memperbetulkan kezaliman ISA walaupun banyak kali menerima tuntutan dan protes dari rakyat.
Oleh itu, jelasnya lagi sebagai usaha untuk membela keluarga mangsa ISA, GMI akan mengadakan lawatan ke Kem Tahanan Kamunting bersama 5 orang isteri tahanan ISA dari Tawau Sabah.
“Lawatan akan berlangsung pada 15 dan 16 Jun ini. Turut hadir dalam rombongan lawatan tersebut ialah dua orang anak kecil yang belum pernah bertemu dengan ayah mereka kerana semasa ayah mereka ditahan, mereka masih di dalam kandungan,” ujarnya.
Katanya, lawatan itu juga bertujuan ingin mendedahkan kepada masyarakat umum mengenai sandiwara pemansuhan ISA yang masih menzalimi rakyat walaupun setelah setahun dimansuhkan.HD
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
PN mencari penawar untuk pulih keretakan5 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru7 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan