Bayi ditemui di kuil Sitiawan
SITIAWAN – Penduduk Taman Nesa, di sini dikejutkan dengan penemuan
seorang bayi lelaki yang ditinggalkan di sebuah kuil pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi itu, bayi lelaki yang baru
berusia seminggu itu ditinggalkan di kuil berkenaan dalam keadaan
lengkap berpakaian.
Kehadiran bayi itu disedari seorang sami yang kebetulan datang ke kuil itu untuk menjalankan upacara keagamaan.
Ketua Polis Daerah Manjung Asisten Komisioner, Jaafar Baba berkata,
pemeriksaan secara fizikal ke atas bayi berkenaan mendapati tiada
sebarang kesan kecederaan dikesan.
Bagaimanapun katanya, bayi berkenaan telah dirujuk ke Hospital Seri Manjung untuk pemeriksaan lanjut.
“Kita akan maklumkan kes ini kepadan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bagi tujuan pengawasan.
“Polis akan meneruskan siasatan bagi mengesan individu terlibat termasuk ibu bapa bayi berkenaan,” katanya ketika dihubungi.
Sementara itu, saksi kejadian, Mohd Shafarin Abd Samad, 22, berkata,
bayi berkenaan dimasukkan dalam sebuah bakul rotan lama yang dialas
menggunakan kain lampin dan diletakkan di atas meja yang terdapat di
kuil itu.
“Sebaik sami itu maklumkan kepada penduduk ada bayi, kami datang untuk melihat bayi itu.
"Bayi itu nampak macam sihat sahaja, mungkin masih baru sebab tali pusat belum tanggal,” katanya.
SH
cetusan ranting 1 (terkini)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan