Cabang

Khamis, 20 Jun 2013

Larian Hari Olimpik di Padang Merbok batal ?


PETALING JAYA: Beberapa acara sukan yang dijadual diadakan hujung minggu ini terpaksa dibatalkan akibat jerebu.

Pembatalan itu termasuk Larian Hari Olimpik yang dijadualkan berlangsung di Padang Merbok Ahad ini. Larian yang dianjurkan oleh Majlis Olimpik Malaysia (MOM) itu dijangka menarik antara 2,000 hingga 3,000 pelari.

Setiausaha Agung MOM, Datuk Sieh Kok Chi berkata, pembatalan yang berpunca daripada senario luar jangka ini terpaksa dibuat demi faktor kesihatan.

Acara-acara lain termasuk Jelajah Berbasikal Malaysia (26-30 Jun) dan perlawanan bola sepak Liga-M (21-22 Jun).

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) akan mengadakan mesyuarat tergempar pada Jumaat untuk membuat keputusan bagi menangguhkan perlawanan Liga-M.

Pengerusi Jawatankuasa Pertandingan, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata, beberapa perlawanan yang dijadualkan pada Jumaat dan Sabtu boleh ditangguhkan akibat jerebu.

"Kami sedar tentang keadaan, terutama di Johor dan Singapura, yang merupakan kawasan yang paling teruk. Kami akan membuat keputusan esok (Jumaat)," kata Hamidin.mStarOnline

** Esok mlm kl hujan lebat, sabtu 2206 cuaca di Padang Merbok dijangka baik dan sihat daripada 'jerebu'....Tapi jgn lupa, selama ni pun himpunan aman rakyat sering berjerebu dengan gas pemedih mata,ada Rosmah kesah ????

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)