Cabang

Jumaat, 7 Jun 2013

Presiden 'Gang UG' keluar amanat baru....



"GESAAN DIWUJUDKAN SATU SURUHANJAYA BEBAS POSTMORTEM BAGI MENYIASAT PERJALANAN PROSES PILIHANRAYA UMUM KE 13"
7 Jun 2013 / 28 Rejab 1434 H

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin mengulangi kenyataan yang pernah dibuat sebelum ini bahawa Pilihan Raya Umum ke 13 (PRU13) yang baru sahaja berakhir itu diadakan dalam keadaan penuh keraguan dan kelemahan proses yang paling ketara dalam sejarah pilihan raya negara Malaysia. 

Berbagai persoalan timbul dari proses sebelum dan semasa pilihanraya, termasuklah sistem demokrasi yang jelasnya tidak berlaku adil kepada Pakatan Rakyat dari aspek penggunaan media cetak dan elektronik arus perdana yang berkempen secara terbuka bagi pihak Barisan Nasional.

Parti Islam SeMalaysia (PAS) ingin membuat cadangan supaya diadakan satu post mortem yang menyeluruh terhadap semua aspek PRU13 ini. Hakikatnya ialah semua pihak dari Pakatan Rakyat, NGO, dan individu rakyat Malaysia, termasuklah dari parti Barisan Nasional sendiri juga mengakui bahawa wujudnya banyak kelemahan yang boleh diperbaiki dalam menguruskan PRU sebagai pelengkap kepada sistem demokrasi yang diamalkan di Malaysia. 

Pihak kerajaan sendiri juga telah membuat kenyataan supaya diletakkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di bawah Parlimen, dan ini telah memberi gambaran bahawa kedudukan SPR sekarang belum bebas sepenuhnya. Tindakan untuk meletakkan SPR di bawah Parlimen tidak mempunyai apa-apa erti sekiranya kita tidak tahu punca permasalahan yang timbul.

Oleh itu PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mewujudkan satu Jawatan Kuasa Bebas atau satu Suruhan Jaya Bebas Postmortem PRU13 yang boleh menyiasat secara terbuka dan telus bagi mendapat maklumat kelemahan, salah laku, kepincangan dari semua pihak. Hanya setelah kelemahan-kelemahan ini diketahu baharulah pembaikan secara menyeluruh dapat dilakukan.

Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

4 ulasan:

  1. Hadi Awang jangan cuba nak alihkan perhatian ahli PAS pasal post-mortem.Jawatankuasa Post-mortem PAS yang dipengerusikan oleh Sallahuddin Ayub jangan tertinggal mencatatkan kesalahan Presiden PAS yang mengeluarkan watikah calon untuk Ridwan Ismail dan keceluparan mulut Harun Din dan Harun Taib menyebabkan kekacauan dikalangan penyokong Pakatan Rakyat.Hadi Awang jangan cuba nak kaburi minda ahli PAS sebab kesalahan sendiri pun banyak.PAS kehilangan Kedah dan kepuynan lagi diTrengganu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. undi psm ke baru-baru ni bro.... he3... kesian kat demo yer... ratib UG UG UG UG... skrg ni ratib KD KD KD KD.... masalah calon PKR kat perak dan sabah tak nampak... sign perjanjian disaksikan mat indon ok jer bang,,, bayangkan kalo PAS yg sign tu... mau gegak gempita alam... hehehe... takyah menyalak la bang... hodoh sgt bunyinya

      Padam
  2. watikah dapat sorang satu,dap di jelapang pkr di semenyih...semua x bleh pakai.

    tetap ok khairy jamaludin,x gelojoh

    BalasPadam
  3. Assalamualaikum

    Jual beli produk anda di laman web
    www.produkmuslim.info


    Sokongan anda amat dihargai

    Terima kasih

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)