Cabang

Sabtu, 20 Julai 2013

Ramadhan bulan warta pengharaman ?


Isu Halal dan Haram semakin mendapat perhatian oleh beberapa kerajaan negeri yang memerintah. Tambahan pula ketika di bulan Ramadhan, semuanya merasa 'disekolahkan'. Sekurang-kurangnya memasing dapat manfaat dengan kedatangan Ramadhan yg penuh keberkatan ni....

Terkini, macam-macam isu sensitif dibangkitkan. Cina buka puasa dengan bakuteh. Melayu buka puasa dengan duit rasuah. India buka puasa dengan emas tiada dilengan. Hari-hari di bulan Ramadhan bising pasal perkara-perkara yang memang dah rutin sejak dulu-dulu lagi. Cuma beza kali ini terlalu banyak polemik dan provokasi nak cari glamor dihidang mengalahkan siaran langsung terawih di Mekah.

Rokok Haram, Shisha Haram, Syiah Haram dan Ratu Cantik Haram pun Haram......yang pasti kebiasaannya benda-benda ni berbunyi di bulan Ramadhan kerana 'hanya' di bulan ini manusia harus merasa keinsafan.

Syawal nanti, semua hilang entah kemana....semua jadi macam biasa, warta jadi auta ?

wallahualam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)