Cabang

Khamis, 19 September 2013

Kaji tahaaluf siyaasi bersama PR ??


SHAH ALAM - [Dikemaskini] Dewan Ulama Pas berpendirian akan meneruskan kajian tahaaluf siyaasi terhadap PKR untuk menambahbaikan parti walaupun cadangan itu ditolak pucuk pimpinan tertinggi.

Ketuanya, Datuk Harun Taib menegaskan kajian itu dilakukan untuk menjadikan Pas sebagai parti dominan dalam PR bukan 'keluar' daripada PR.

Bagaimanapun, beliau berkata, cadangan Dewan Ulama yang ditolak Pas Pusat tidak menjadi halangan untuk sayap itu meneruskan kajian sedia ada yang dilakukan sejak 2008.

"Beliau (Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang) tolak tak mengapa, kita tak ada masalah.

"Kita akan teruskan sebab sekarang pun kita sedang jalankan kajian.

"Tahaaluf siyaasi bukan untuk tarik diri daripada PR tetapi untuk menjadikan Pas lebih dominan dalam PR," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Difahamkan, kajian itu telah bermula sejak PRU 2008.

Sinar Harian melaporkan hari ini, Pas tetap akan meneruskan kerjasama dalam PR walaupun  Harun mencadangkan agar parti itu mengkaji semula tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) khususnya dengan PKR.

Abdul Hadi  berkata, hubungan dalam PR perlu diteruskan sebagai sistem dua parti dan mengukuhkan lagi kedudukan parti itu di mata rakyat.

"Sehingga kini, kita teruskan kerjasama dengan PR sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN.

"Tiada sebab untuk Pas mengkaji semula tahaaluf siyaasi ini," katanya.

Sehubungan itu, tambah Harun, beliau yakin cadangan Dewan Ulama akan diterima pakai Pas Pusat terutamanya mengenai cadangan sayap itu pada muktamar lalu supaya  Pas tidak mendedahkan calon 'Perdana Menteri' yang pada mulanya tidak dipersetujui Pas Pusat namun akhirnya akur.

"Dulu kita pernah bentang dalam muktamar tahun lepas, calon Perdana Menteri tidak perlu diumum awal, tetapi akhirnya mereka akur.

"Mereka terima juga, mereka pakai juga cadangan ulama," jelasnya.
 
Selain itu, apabila ditanya mengenai tawaran BN untuk bekerjasama dengan Pas, Harun berkata, "saya tidak mahu layan perkara itu
."SH

3 ulasan:

  1. Apa lah tulisn warna kuning pas tu dalam kotak putih mana nak nampak, tak boleh baca daa...

    BalasPadam
  2. bersatu lebih kuat daripada seorang-seorang

    BalasPadam
  3. bersatu lebih kuat dibanding sendiri, kunjungan juga ya ke blog saya www.goocap.com

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)