Pasca PRK Sg. Limau: Gambar mangsa lagi penting dari susupek- IGP Khalid
SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang
menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik
seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan
suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib,
37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu.
Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh
bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah
Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.
Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki
berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada
di negara ini.
Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata,
setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu
(anggota menerima sogokan).
Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.
Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan
serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak
mati Norazita.
"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk
membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu
siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas
Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam SH
cetusan ranting 1 (terkini)
Pencuri ini samun 450 ribu, bunuh satu oarang.Walhal pemimpin umno curi berbillion billion tak heboh pun.Tak cukup duit apa susah, kurang kan subsidi.Ini lah perompak yang amat bahaya yang akan memuflis kan negara kerana rasuah.
BalasPadamsokong pandangan anda. Pengawal tu masih belum jumpa lagi ......si khalid tu orang suruhan UMNO aje
BalasPadam