Cabang

Rabu, 4 Disember 2013

Banjir punca naik tarif atau disebabkan naik tarif punca Allah turunkan banjir luar biasa?


KUALA LUMPUR - Kira-kira 1,072 pencawang elektrik di beberapa daerah negeri Pahang ditenggelami air menyebabkan Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan bekalan elektrik membabitkan 62,907 pengguna, sehingga jam 12 tengah hari ini.

Menurut kenyataan TNB di sini hari ini, enam kawasan yang terjejas akibat banjir di negeri itu ialah Kuantan/Gebeng, Rompin, Maran, Pekan, Lipis dan Jerantut.


Di Terengganu, operasi Pencawang Masuk Utama Kemaman (Geliga) ditutup bagi tujuan keselamatan setakat jam 12 tengah hari ini.


Selain itu, katanya 141 pencawang elektrik turut dihentikan tugas sejak 21 jam yang lepas dan bilangan pengguna yang terjejas ialah 5,272 orang.


Di Johor, keadaan banjir masih terkawal dan hanya melibatkan sebahagian kecil pengguna sahaja.


Kenyataan itu menyebut tiga daerah yang terjejas akibat banjir ialah Segamat, Labis dan Mersing.


TNB turut membuka bilik gerakan dan komunikasi di ketiga-tiga negeri berkenaan untuk memantau keadaan banjir dan menyalurkan maklumat terkini mengenai aspek keselamatan elektrik kepada pengguna.


Katanya orang ramai juga boleh menghubungi talian khidmat TNB di 15454 (TNB Careline) dan TNB menasihati orang ramai supaya sentiasa mementingkan aspek keselamatan elektrik terutamanya pada musim hujan ini.


Pengguna boleh menghubungi talian khidmat TNB (TNB Careline) di talian 15454 atau melalui talian bilik gerakan TNB 09-515 5663/5678 (Pahang), 09-6241009/09-6267348 (Terengganu) dan 07-2192130 (Johor) untuk maklumat lanjut. - sumber


*** ada pegawai besar TNB bagi alasan untuk selaraskan tanggungan penduduk di kawasan bandar berbanding luar bandar yang memerlukan banyak tiang,kabel dan pencawang kerana kedudukan di antara satu rumah ke satu rumah adalah jauh...adoi ! senangnya pebodohkan pengundi-pengundi luar bandar yang setia menyokong sekutu apco laknatullah,umno. 

bajet untuk jaga keselamatan dan nyawa rakyat sepatutnya lebih utama daripada memerah keringat rakyat semata-mata untuk terus menyara lintah darat....wallahualam  

2 ulasan:

  1. Nampaknya pegawai TNB pun dah sama2 jadi bangang macam menteri2 umno; beri alasan macam orang tak pernah bersekolah.

    BalasPadam
  2. A'kum Sdr.

    Yang pasti kenaikan tarif akan menaikkan darah!

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)