Cabang

Ahad, 1 November 2009

Satu Malaysia ke Satu Aliran Sekolah?

Dasar Pendidikan Negara yang kononnya bertujuan melahirkan insan yang soleh dan berjaya masih meragukan kebanyakan rakyat, khususnya bagi aliran agama. Kita sering melihat bagaimana percanggahan demi percanggahan dalam kerajaan melaksanakan dasar ini setelah beberapa kali dipinda dan bertukarnya menteri yang dipertanggungjawabkan...

Falsafah yang diperkenalkan sehingga sekarang gagal mencapai matlamatnya kerana salah satu faktornya ialah perlaksanaan yang tidak menggambarkan keseimbangan antara pendidikan rohani dan jasmani...lebih tepatnya ialah suatu roh islam tidak seiring. Hasilnya, kita melihat kemerosotan nilai-nilai murni di kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi, sehingga menular ke pusat-pusat pengajian tinggi...al-fayed

Penerapan nilai-nilai islam sudah tidak kedengaran lagi pada masa sekarang. Sebenarnya kerajaan memang tidak berhasrat untuk betul-betul memberi pendidikan yang adil kepada rakyat, apatah lagi soal pendidikan islam. Buktinya sehingga sekarang subjek Pendidikan Islam tidak diwajibkan lulus bagi pelajar-pelajar yang beragama islam...

Sebenarnya pendidikan di negara kita ini lebih bermatlamatkan kepentingan pembangunan kebendaan di samping slogan-slogan yang tidak memberi kesan positif. Akhirnya, pindaan demi pindaan terhadap akta pendidikan lebih bermotifkan politik untuk memenuhi kantung pemimpin serta suku-sakat mereka. Dan kerana politik juga, mereka (Umno) terpaksa memenuhi tuntutan rakan-rakan dalam gabungan BN, bukannya memenuhi tuntutan rakyat yang berbilang kaum...

Kata PM One Malaysia:-


"Kalau masyarakat bersedia untuk membuat perubahan, kita (kerajaan) akan ubah, selagi masyarakat tidak bersedia kita akan kekalkan seperti sedia ada. Tidak ada gunanya kerajaan mengubah dasar kepada sekolah satu aliran jika keputusan itu boleh menyebabkan perbalahan dan ketegangan dalam politik, masyarakat dan sosial.



"Kalau kita nak ubah dasar kepada sekolah satu aliran, tujuan kita hanyalah untuk perpaduan semua kaum. Kita tidak mahu keputusan itu menyebabkan perbalahan dan ketegangan. Tujuan kita untuk membawa perpaduan selaras semangat 1Malaysia tetapi jika keputusan itu sendiri membawa ketegangan antara kaum, apa maknanya," katanya.
-berita harian


nota kaki: satu Malaysia ke satu aliran sekolah, jangan sampai ke satu aliran agama...

wallahua'lam.

1 ulasan:

  1. Salam. Dasar yg ada skrng pun tidak konsisten. Macamana nak satu aliran pulak. Contoh. Anak ana sek Agama Rakyat dari tkt 1-5 Kerajaan tak bantu 1 sen pun. Tapi demi Agama ana korbankan apa yang ada. Event Trial PMR dan SPM pun kena bayar. Mana yg dikatakan Rakyat di dahulukan. Bila puak UMNO ni mampus panggil budak lepas sekolah agama uruskan. Hidup tak mahu tolong mereka. Maaf kasar sikit

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)