Cabang

Jumaat, 26 Mac 2010

Sayfool Semakin Dilupakan,Kini Bontot Dato' Palanival Menjadi Taruhan Umno.

Alfatihah..Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad, Takziah Juga Buat Umno.

Ucapan takziah buat keluarga Allahyarham serta perbanyakkan sabar dalam menghadapi ujian Allah. Dia Maha Adil,ambil setelah dipinjamkan buat 'hiasan dan hiburan' untuk keluarga dan teman-teman.Semangat yang ditunjukkan beliau dalam mengharungi liku kehidupan tidak mudah dilupakan.Moga sumbangan Allahyarham kepada perjuangan menegakkan yang Haq akhirnya akan dinilai Allah untuk ditempatkan bersama orang-orang yang beriman....Ameen.

Memang tidak dinafikan suasana politik(terma kehidupan) negara Malaysia yang tercinta ini sedikit sebanyak akan mendapat tempias jika seseorang pemimpin kembali mengadap Allah Rabbul Jalil. Parti mana sekalipun.Tiada siapa yang akan gembira jika orang tersayang dijemput mengadap Allah. Itulah janjiNya.

Pemimpin penipu,pemimpin rasuah,pemimpin terompah,pemimpin mabuk kuasa dan pemimpin yang baik sekalipun tiada yang dapat menghalangNya. Giliran seperti roda,putarannya semakin laju.

Bukan soal menang atau kalah dalam peperangan,tapi 'solidkah' janji kita padaNya. Janji untuk memakmurkan muka bumi Allah ini. Hamparan nikmat yang mencurah-curah.Amanah yang dipikul seikhlas hati atau kerana ada habuan yang menanti.

Kalau sudah terkeluar dari landasan ketetapan Allah,usah sebut pasal mendaulatkan Islam.Memang Islam datang dan pergi secara dagang,namun tidak sampai ke tahap sanggup menjual harga diri.Pintu taubat sentiasa terbuka kata Allah.Kembalilah.

Hanya Umno yang boleh memberi keamanan?

Pas perlu memainkan peranan penting dalam memastikan kerusi parlimen Hulu Selangor masih di tangan Pakatan Rakyat. Bukan semata-mata untuk berkuasa tapi kerana keyakinan yang lebih tinggi terhadap ketelusan Pakatan Rakyat membawa masyarakat keluar daripada terus hanyut dek kerja-kerja kotor kuasa asing laknatullah(APCO one Israel).

Tak kira siapa calonnya,dari parti mana datangnya asalkan disepakati secara muhibbah oleh Pakatan Rakyat. Perlu tegas dengan kriteria calon. Bukan spesis 'beli 3 percuma 1(zool).Parti Keadilan Rakyat perlu muhasabah dengan kejadian yang menimpa mereka. Tiada siapa yang lebih hebat. Kelemahan yang ada memang mudah diselesaikan sekiranya kita tidak lari dari matlamat perjuangan.Usaha,yakin serta tawakkal.

Umno semakin dilupakan?Di hati bukan di tv...

Jika dibuat perbandingan bagaimana Umno dan Pakatan Rakyat memberi khidmat kepada masyarakat memang jauh berbeza. Khianat Umno selama lebih 50 tahun dan khidmat Pakatan Rakyat selama 2 tahun.

Dap lebih baik dari Umno?Berapa billion Dap sapu duit rakyat?Sedarlah bangsaku oh Melayu woi.

Nota sisipan : Pas dan Dap perlu memusatkan tenaga membantu calon PKR...walau tak diharap dengan ketelusan SPR,lawan MIC atau MCA adalah sama melawan Umno Apco Worldwide.Salam takziah juga buat Najib dan Rosmah.Lawan tetap Lawan!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)