Cabang

Isnin, 29 Mac 2010

Sidang Dun Perak Berkait Ke Hulu Selangor...Umno Semakin Celakaru


Sg Wangi Ayer Tawar
: Sudah menjangkau hampir 2 tahun 'tsunami' politik menjahanamkan cita-cita politik 'rakus' sang penguasa yang bernama Umno.Mereka telah membuat perkiraan untuk meneruskan agenda politik murahan berpaksikan sumber kekayaan hasil bumi negeri Perak.Segala hasil bumi yang dianugerahkan Allah,mereka(pemimpin Umno) buat seperti harta mak bapak sendiri.Tiada peduli rakyat terbanyak untuk sama merasai nikmat kurnianNya.

Hasil balak negeri selama 50 tahun lebih Umno dan Barisan Nasional berjaya memungutnya di sekitar RM 17juta setahun tapi dapat dibuktikan secara telus dan berkebajikan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang dipimpin Tuan Hj Nizar. Selama 11 bulan sahaja kerajaan yang dipilih rakyat mampu memperolehi hasil sebanyak RM28 juta daripada 'tauke' balak.Namun perkiraan matematik yang tengin oleh musuh politik cacamarba telah melabelkan Hj Nizar sebagai 'Boneka Dap'.

Kerajaan Pakatan Rakyat yang prihatin dan menghargai nilai rakyat yang berilmu telah memberi sumbangan(bukan pinjaman ptptn)sebanyak RM1000 kepada anak-anak negeri Perak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti.Namun,pujian harus diberi(walau tak berapa ikhlas) kepada Kerajaan Speka Ganesan kerana meneruskan langkah baik yang tidak pernah terlintas di fikiran Menteri Besar Umno bersama exco-exco selama 50 tahun dalam mendidik anak negeri.

Keperluan air yang penting kepada kehidupan rakyat negeri telah diuruskan dengan baik oleh Kerajaan di bawah Pakatan Rakyat. Penambahbaikan terhadap sistem pengurusan Lembaga Air Perak dapat dibuat dengan jayanya melalui sumbangan zakat sebanyak RM 1.5 juta yang tak pernah dilakukan oleh Umno dan Barisan Nasional selama memerintah.Hikmahnya dapat diterjemahkan dengan pemberian percuma air kepada penduduk miskin tanpa mengira kaum sebanyak 20cu/m.Masih diteruskan oleh Kerajaan Apco Worldwide.Biar kerajaan Perak rugi asalkan rakyat merasai nikmat hasil bumi Allah ini.

Pemberian geran tanah kekal(bukan bagi tanah) kepada penduduk negeri Perak yang sekian lama mendudukinya telah diproses tanpa ada keraguan di 'pejabat tanah'. Walaupun penduduk Kg Baru yang majoritinya di kalangan bangsa cina,namun mereka juga wajib dibantu kerana telah lama meneroka tanah hasil perjanjian Umno suatu ketika dulu.Rancangan penempatan Kg Tersusun bertambah tersusun setelah Pakatan Rakyat mengambil alih pengurusan negeri Perak.Majoriti orang melayu lebih terbela kerana Rancangan Kg Tersusun boleh dibangunkan di mana-mana sahaja tanah kosong milik kerajaan Negeri setelah mendapat kelulusan. Sebaliknya tanah Kg Baru dari dulu,kini dan selamanya hanya mengikut perjanjian Umno dahulu,tiada penerokaan baru.

Geran diberi tapi dengan cukai yang tinggi kepada penduduk Kg Baru.Kerajaan memberi tuan tanah menghargai,itulah konsep yang patut disuburkan dalam pemikiran rakyat.Bukannya keringat rakyat dikerah tapi hasil berlegar di kalangan pemimpin sahaja.

Menjelang Persidangan Dewan Undangan Negeri Perak segala persiapan telah masing-masing lakukan samada dari Kerajaan Pakatan Rakyat mahupun Kerajaan Umno Barisan Nasional.Rakyat Negeri Perak secara umumnya hanya mengiktiraf Hj Nizar sebagai Menteri Besar yang sah serta Sivakumar sebagai 'Speaker' yang berani mempertahankan Undang-undang Tubuh Negeri.Dato' Tajul Rosli juga mengesahkannya.

Berdasarkan amaran yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Negeri terhadap sebarang gangguan terhadap kelancaran sidang Dun telah nampak 'signal' ditujukan kepada Kerajaan Pakatan Rakyat. Mereka sekali lagi menjadi 'sayap' parti Umno yang tak berdaftar akan membantu Umno dan Barisan Nasional meneruskan persidangan dengan dipengerusikan oleh Speka Ganesan.Modus operandi mereka adalah serupa namun perancangan yang lebih rapi(setelah dinaikkan gaji) di bawah arahan Ketua Polis Negara di hujung persaraannya.

Semestinya olahan berita yang 'menarik' akan dihidangkan kepada rakyat yang masih setia dengan tv dan suratkabar Umno Barisan Nasional. Berita yang menggambarkan bahawa Kerajaan Ganesan menjalankan sidang Dun secara baik tapi sebaliknya Pakatan Rakyat telah mencemar nama baik dewan dan Duli Tuanku Sultan Perak.Ianya pasti dicanang siang dan malam.

Semua bala ini akan terus dijaja sehingga ke pilihanraya kecil Parlimen Hulu Selangor demi meraih simpati terutamanya orang melayu yang rata-rata duduk di pendesaan.Komposisi penduduk di kedua-dua negeri Perak dan Selangor tidak banyak bezanya. Umno akan cuba menjadi juara di kalangan bangsa melayu walaupun sebenarnya mereka tidak akan berjaya meletakkan calonnya di kerusi panas Hulu Selangor.Demi mendapat undi kaum india lambakan imbuhan akan ditabur.Janji akan dipalu ke pelusuk estet.

Strategi politik yang matang dan jitu akan terus mendapat tempat di hati rakyat,bukan untuk sehari dua tapi hendaklah diterapkan sehingga ke anak cucu cicit piut agar rakyat hidup dengan aman,muhibbah dan mendapat keberkatan Allah.Semua bangsa akan hidup bahagia di bawah 'payung' Islam yang hakiki bukan 'hadhari' apatah lagi One Puaka Woman.

Nota kaki :Tumbangkan Umno dan Barisan Nasional Sejahteralah Rakyat Kerana Tiada Pembaruan Setelah Najib Merampas Dari Tangan Paklah dan Zambry Merejim Tangan Hj Nizar.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)