Sejak dua menjak ni,aku tetiba masih ada semangat nak layan ‘wolkap 2010’.Apa tak nya? Semua ‘game’ permulaan hamper di semua kumpulan aku tahan biji mata nak nengok. Di rumah, ananda Krishnan tak ‘sign’ nak pacak astro, so aku pun mengadap le muka-muka mamak(tiada unsure perkauman sebab memang dia mamak) pepagi buta.
Yang pasti punca utama aku kenal rizqan,waheed dan salman kerana rtm mungkir janji untuk menyahut seruan 1Msia agar rakyat didahulukan. Berbulan iklan terpampang pagi petang bahawasanya rtm mendapat pengiktirafan untuk menyiarkan ‘siaran langsung’ piala Dunia. Syabas! Terasa semangat untuk ngadap rtm berputik kembali,ehem.
Hampeh!
Aku rasa kompom betul….duit rakyat banyak dihabiskan untuk iklan yang mengenyangkan toke-toke beso dan hasilnya siaran perlawanan piala dunia yang berlangsung dari magrib sampai ke awal pagi,akhirnya disiarkan pukul 4.30 pagi. Itupun siaran tertunda perlawanan kelmarin. Otak bisnes tahap cipan.
Padan muka aku….
Tunggu punya tunggu sampai ke 2.30 pagi harap ada siaran langsung sebab dua perlawanan pertama rtm tolak. Rupanya drama bodoh disiarkan. Nasib baik tv aku ‘flet skrin’, kalo macam beli kandos kat emporium jenuh le orang pembandaran angkut bangkai tv belakang rumah aku.
Oleh kerana demam semakin ‘kritikal’ aku terus pergi mandi nak bagi sego badan sambil terpinga-pinga si isteri di sisi katil empuk. Pehal ni bang? Aku jawab demam dah teruk…melompat terus dia. Demammmm Azzuriiiiii!nak kluo tengok bola kat kedai mamak,kata aku.
Aaaaaaaaaaaaaaaahhhhhhhhhhhhhh!!dia terus senyap. Sambung tido agaknya.
Layan le sengsorang kat kedai mamak, roger kat OM Man kut2 dia ada kat sana rupanya awal dah ‘take 5’ sebab hati senang germany menang beso…Kintan pulak dah letih petang tadi kat kandang kambing. Tapi mungkin juga diorang tak sanggup tengok corak ‘game’ yang menjadi penghalang kemaraan Brazil dan Germany nanti.
Walaupun seri dengan Paraguay pepagi tu, aku puas hati sebab permainan mantap kedua-dua pasukan…itupun pasal banyak kuda-kuda tua Lippi dah ‘reject’…
Berlanjutan sampai semalam, ‘game terakhir’ Sepanyol dimalukan Switzerland….Demam aku dah mula kebah hari ini!boleh tidur lena semula, kalo nak demam balik pun mungkin di peringkat suku akhir nanti.
Esok boleh bangun subuh awal!itu yang yea.Insyallah....wallahua'lam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan