Cabang
Selasa, 27 Julai 2010
KAFA boleh berbangga biaya sendiri sukan bola sepak Kelantan
KOTA BAHARU -- Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) telah berjaya berdiri di atas kaki sendiri dalam membangunkan sukan bola sepak di Kelantan. Ia mengadakan sumbernya sendiri tanpa mengharapkan bantuan kerajaan negeri seperti amalan kebanyakan persatuan bola sepak negeri lain.
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek berkata inisiatif Kafa merupakan contoh yang perlu diteladani oleh persatuan bola sepak lain. "Ada negeri yang memperuntukkan sehingga RM5 juta setahun. Sebab itu kita lihat Kafa lebih ke hadapan dalam sukan bola sepak," katanya ketika berucap pada pelancaran Karnival The Red Warriors 2010 di sini malam tadi.
Beliau berkata bagi menjana ekonominya sendiri, Kafa turut memperkenalkan Cafe TRW yang membolehkan peminat bola sepak bersantai di situ di samping mengeluarkan keropok Red Warriors dan menerbitkan radio Internet yang dapat didengar oleh peminat Red Warriors di seluruh dunia.
"Kini Red Warriors sudah menjadi sebahagian gaya hidup anak-anak muda yang minat kepada sukan bola sepak dan ini melambangkan The Red Warriors telah berjaya meletakkan dirinya ke hadapan berbanding pasukan lain.
"Kita lihat The Red Warrior bukan sahaja berjaya dalam bidang bola sepak tetapi dalam bidang ekonomi dengan mempelbagaikan kegiatan ekonomi sampingannya," katanya. Ahmad Shabery berkata perkara itu perlu dilakukan oleh persatuan lain dalam usaha tidak lagi bergantung kepada sumber kewangan kerajaan.
"Ini cara baru dan gelombang baru yang bermula di Kota Baharu. Idea ini memberi konsep baru dalam pembangunan sukan bola sepak negara," katanya. Presiden Kafa, Tan Sri Annuar Musa pula berkata Kafa bercadang untuk membina stadium bola sepak sendiri. Sehubungan itu beliau mencadangkan agar kerajaan pusat memberi peruntukan bagi merealisasikan hasrat tersebut.
Sinar Harian
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Lembu sebaka tidak akan berlaga4 hari yang lalu
-
-
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
-
LIVE AJL 344 tahun yang lalu
-
Bapak ayam5 tahun yang lalu
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
[VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru7 tahun yang lalu
-
hello blog.7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Rumah untuk dijual di Rapat Setia Baru8 tahun yang lalu
-
Geopolitik kepimpinan dunia Sunni8 tahun yang lalu
-
Dewan Ulama Pas - Tolong-tolong perati gambar ni...8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
TUDUHAN TIMBALAN KETUA PEMUDA PAS PAHANG… JANGAN DI DIAMKAN…9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...11 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan