Cabang

Sabtu, 24 Julai 2010

Kepala Dan Kaki Ditetak Parang.


13.07.2010 Selasa : Lebih kurang jam 10 MALAM mangsa bersama teman wanitanya melalui jalan Ipoh Lumut berhampiran pasar malam Kg Sitiawan telah dilanggar oleh sebuah motorsikal di bahagian belakang kereta.

Mangsa berhenti dan keluar dari kereta melihat seorang India dan berbincang mengenai perlanggaran tersebut.

Dalam pada masa sama seramai 3 orang berbangsa India datang berkerumun keluar dari kawasan semak.

Tiba tiba mangsa terasa diketuk di kepala dan merasai kepala berdarah..dipercayai menggunakan parang.Mansa juga telah di tetak di peha kiri.

Mangsa bersama teman wanitanya dibelasah dan dihumban kedalam kereta seorang di depan seoarang di belakang.Teman wanitanya di pijak oleh seorang penyamun tersebut sambil kawan penyamun memandu kereta .Yang selebihnya menaiki motosikal.

Mangsa berkeadaan berdarah di kepala dan peha kiri sempat memaut kepala penyamun yang memandu kereta kerana si penyamun tidak melepaskan brek tangan kereta tersebut. ( Toyota Wish ) Kawan penyamun dibelakang cuba melepaskan tangan mangsa dari memaut kepala kawanya dan teman wanita mangsa mengambil kesempatan membuka pintu kereta untuk meminta bantua dalam keadaan kereta bergerak perlahan.

Sebuah lori telah berhenti dan memberi bantuan kepada mangsa.Pemandu lori dan kelindannya berbangsa melayu dapat menahan salah seorang penyamun tersebut dan membelasahnya sehingga 2 jari kanan penyamun patah.

Yang lain dapat melarikan diri masuk kedalam semak berhampiran arah ke Kg Aceh.Mangsa dan teman wanitanya dibantu oleh orang ramai membawa ke hospital Manjung.Mangsa ditahan di wad 6 dan menerima 16 jahitan luar dan dalam di kepala serta 14 jahitan di peha kiri manakala teman wanitanya sebagai pesakit luar.

Mangsa dan teman wanitanya telah membuat laporan polis.Seorang penyamun telah di tahan dan bakinya dalam siasatan polis.Penyamun dipercayai dari Pantai Remis mengikut pengenalan dan rekod.

Mengikut laporan …jika mangsa tidak melawan berkemungkinan besar kes ini menjadi kes samun,culik dan bunuh
Kata pegawai polis yang mengambil kes ini.

Laluan yang dikategorikan sebagai kawasan panas dengan kes-kes samun dan rogol juga pernah beberapa kali berlaku di sekitar Jambatan Bainun dan laluan tempat pelupusan sampah di Kg Deralik. Modus operandinya adalah sama seperti kes yang berlaku kepada sahabat kita ini….




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)