Cabang

Isnin, 19 Julai 2010

Proses mengentut@flatus sebelum meneroboskan isinya…baca sampai habis



Asal usul kentut ?

Ia bukan berasal dari tanah besar China atau dari bumi World Cup Nelson Mandela, tapi tercipta dengan adanya gas dalam usus, gas yang kita telan, gas dalam darah, gas dari reaksi kimia dan gas bacteria dalam perut.

Apakah kandungan kentut ?

Macam-macam ada. Nitrogen, karbon dioksida, oksigen, hydrogen serta metana. Terhasil kebanyakan daripada sumber makanan yang disantap. Udara yang tertelan, bacteria dalam usus serta lamanya menahan kentut.

Makin lama menahan kentut, makin banyak terhasil nitrogen kerana gas-gas lain diserap ke dalam dinding-dinding usus. Jangan makan terburu-buru sehingga makanan tidak habis dikunyah kerana oksigen tidak sempat diserap ke dalam tubuh lantas dilarikan bersama gas kentut.

Kentut berbau busuk ? errrrr…

Tahap baunya mengikut berapa banyak kandungan hydrogen sulfide. Ianya juga mengandungi sulfur ( belerang). Makin banyak kandungan sulfur dalam komposisi makanan semakin busuk gas kentut yang dilepaskan. Daging dan telur banyak menyumbang tahap kepengitannya. Kacang pula boleh meninggikan volume, namun bukan pada baunya.

Kenapa kentut busuk itu hangat dan kurang bunyinya?

Salah satu sumber kentut adalah bateri. Bateri dan proses pencernaan menghasilkan haba
Serta sampingannya adalah gas busuk. Ukuran gelembung gas lebih kecil,panas dan metabolisma bacteria yang kemudian menjadi kentut tapi awas walau bunyinya tidak kedengaran tapi SBD( silent but deadly).

Berapa kali kentut dilepaskan sehari?

Tidak kira jantina 14-17 kali dalam sehari.

Mengapa kentut keluar melalui lubang dubur? Kerana molekulnya lebih ringan, kenapa gas kentut tidak melakukan perjalanan ke atas?

Tidak semestinya demikian. Lingkaran peristaltic usus menghala ke bawah. Perbezaan tekanan yang lebih rendah di sekitar dubur, memaksa sisa makanan cenderung ke bawah. Di samping pengumpulan gas-gas kecil yang akan bergabung menjadi gelembung besar sehingga sampai suatu tahap ia tidak dapat ditahan atau dibendung lagi. Lantas terpaksa melepaskan gasnya sehingga ada yang meneroboskan terus sisa-sisa.

Berapa lama tempoh gas kentut melalui ruang hidung rakan di sebelah?

Bergantung kepada keadaan dan kelembapan udara, suhu dan kepantasan arah angin persekitaran, berat molekul gas serta jarak antara ‘transmiter’ dan ‘receiver’. Sekira kentut tidak dikesan dalam beberapa saat, maka ianya telah terbias oleh udara dan mungkin terus diserap ke udara selama-lamanya.

Melainkan dilepas di ruang sempit seperti lift, bilik dan juga kereta putaran gas lebih lama sehingga diserap ke dinding-dinding.

Apakah setiap orang kentut?

Sudah pasti, selagi masih bernyawa sehingga yang telah meninggal dunia sekalipun masih boleh kentut untuk beberapa ketika melainkan duburnya disumbat kerana masalah tertentu.

Benarkah lelaki lebih kerap kentut daripada perempuan?

Tidak sama sekali, sama ajah!. Mungkin teknik menahan malu lebih dipraktiskan oleh perempuan. Ooohh!

Apakah kentut sama dengan sendawa di mulut?

Tidak sama sekali kerana sendawa bermula di perut dan kandungan kimianya juga berbeza. Sendawa mengandungi banyak udara manakala kentut banyak isi gas di dalamnya.

Mungkinkah kentut terbakar?

Kentut mengandungi metana dan hydrogen tertentu. Ia akan mengeluarkan nyalaan biru sekira terbakar disekitarnya kerana unsur hydrogen.

Pening kepala sekiranya terbau 2-3 kali berturut?

Hanya pening sedikit kerana adanya unsur oksigen.

Sekian, terima kasih.


Moral of the story : Kerana telah terlalu lama batang tubuh Umno hidup di muka bumi Malaysia ini, segala khazanah di atas sehingga ke dasar bumi dipulun mengikut tembolok nafsu rakusnya. Sudah pasti banyak gas-gas busuk yang telah disembur sehingga ke seluruh pelusuk ceruk kampong. Walau sesekali kita marah, namun kita lupa setelah diberi sedikit habuan untuk kita sendawa.

Secara senyap atau bergegar satu Malaya dilepaskan oleh mereka. Yang pasti sebelum kandungan gasnya membuak di dalam usus-usus mereka tanpa kawalan rakyat, tunggulah saat mereka meneroboskan segala isi najis yang tersimpan lama sehingga terpalit dibadan kita. Di saat itu semuanya sudah tidak berguna lagi. Tok Mufti Sana Sini pun tumpang cirit sekali.

Peret,peroooooooot, Bedebushhhhh!!!

Cegah Sebelum Buasir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)