Cabang

Jumaat, 19 November 2010

Pergolakan dalam PKR tidak memeranjatkan - Shahrizat Jalil



KUALA LUMPUR - Pergolakan yang berlaku dalam PKR tidak memeranjatkan kerana sebahagian besar anggotanya hilang kepercayaan terhadap pemimpin tertinggi parti itu, kata Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Ketua Wanita UMNO itu berkata, pemimpin tertinggi PKR dilihat seolah-olah tidak mempunyai matlamat perjuangan, sebaliknya hanya berkepentingan peribadi dan keluarga.
“Apabila PKR ditubuhkan dulu, ia tidak ada ideologi, perjuangan untuk negara dan rakyat. Ia ditubuh berlandaskan untuk individu tertentu untuk jadi perdana menteri, sebab itu pada hari ini tak sampai berapa tahun kita tengok hampir berkecai.

“Saya percaya bahawa rakyat Malaysia mampu untuk menghitung apa yang sedang berlaku, dan saya percaya mereka tahu siapa yang akan mereka pilih pada pilihan raya akan datang,” katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Korban anjuran UMNO Bahagian Kepong di kawasan perumahan sementara Jinjang Utara, semalam.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu berkata demikian ketika ditanya mengenai perkembangan PKR berikutan pemilihan Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti tersebut yang menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan calon yang bertanding serta perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim.


Shahrizat berkata, pemilihan MPP PKR dilihat sebagai pemilihan ‘caca marba’ dan sesiapapun yang dipilih, tidak akan mendapat kepercayaan anggota parti berkenaan berikutan apa yang telah berlaku.
“PKR terlalu rapuh, macam mana nak jadi kerajaan kalau nak uruskan pemilihan dalam partipun dah kecoh begini, macam mana nak takbir rakyat dan negara?” katanya.- Bernama

nota lembah : Kasihan melihat makcik izati nih, sedarkah yang lebih memeranjatkan 1 Msia ialah semasa beliau terbukti ditolak oleh pengundi-pengundi di Lembah Pantai pada pru 2008 ketika melawan Nurul Izzah yang disifatkannya sebagai 'budak hingusan'. Sepatutnya beliau lebih bersyukur kerana telah diberi peluang oleh Pak lah untuk menerajui wanita walaupun beliau kalah dan seterusnya dilantik melalui pintu belakang untuk ke jawatan Menteri.

Daripada merepek meraban tak tentu pasal, lebih baik perbetulkan sayap parti sendiri yang telah dilabelkan oleh Tengku Adnan sebagai 'tunggul mati'. Makan, tidur dan asyik mengemis projek kerajaan. Apakah sumbangan besar beliau kepada kemasyhuran wanita di Malaysia ini?

yelek pocik !!! auta karey....



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)