Cabang

Rabu, 7 Mei 2014

ISU UNDANG-UNDANG KANUN SYARIAH (II) 1993 NEGERI KELANTAN - part 2


KUALA LUMPUR: Pihak polis didakwa pernah menyatakan kesediaan jika Undang-undang Jenayah Syariah mahu dilaksanakan di negara ini. 

Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata, ketika isu itu timbul pada tahun 70-an, ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar menyatakan pihaknya bersedia jika undang-undang itu dilaksana.

"Saya masih ingat lagi satu seminar yang diadakan di UKM (Universiti Kebangsaan Malaysia) melibatkan professor Ahmad Ibrahim dan Tun Salleh Abas. Saya juga hadir dalam seminar itu.

"Pada masa itu timbul kefahaman tentang undang-undang jenayah syariah sehingga ketua polis negara pada masa itu Tun Hanif Omar memberitahu polis tidak ada masalah untuk melaksanakan undang-undang syariah islam," katanya dalam temubual bersama Harakahdaily semalam.

Sejarah panjang

Perjuangan melaksanakan hukum syariah ini kata beliau bermula sejak zaman awal kemerdekaan negara lagi selepas pendakwah yang datang ke Malaysia membawa islam yang sempurna.

Malah bukti kewujudan undang-undang ini katanya boleh dilihat dengan warisan sejarah iaitu Batu Bersurat di Terengganu, dan undang-undang jenayah negeri Melaka yang tersimpan dalam sejarah dan diamalkan sehinggalah kedatangan penjajah pada 1511.

"Saya sempat bersama orang tua yang pernah menyaksikan undang-undang hudud dilaksanakan di Terengganu dan mereka menerima bagaimana wujudnya keamanaan semasa syariat itu dilaksanakan.

"Dan hilangnya kuasa syariah di Terengganu pada tahun 1928, kerana jatuhnya kerajaan. Bagi Terengganu mereka berusaha selama 80 tahun," katanya lagi.

Selepas itu kata Ustaz Hadi, isu tersebut timbul semula pada sekitar tahun 50-an namun mendapat cemuhan daripada Masyarakat yang ketika itu terpengaruh dengan fahaman sekular yang menyerap masuk dalam pentadbiran, pendidikan dan media.

Sehingga kata beliau, ada yang mencemuh, 'kalau laksanakan hukum Islam ini maka ramailah yang kena potong tangan, ramailah yang akan cacat'.

"Maka ketika itu berlaku pertembungan dalam masyarakat Islam itu sendiri sehingga mereka-reka cerita menimbulkan kafir mengkafir ketika itu."Sepatutnya penjelasan bukannya isu kafir-mengkafir," kata beliau.

Kemudian daripada itu, PAS menyertai kerajaan campuran bersama BN pada 1974.Ketika itu PAS katanya telah berusaha memperkenalkan Islam khusus dalam undang-undang jenayah sehinggalah ditendang keluar 1978. 
Umno tak hadir

Selepas PAS menang kali kedua di Kelantan pada tahun 1990, PAS sekali lagi berbincang untuk menggubal undang-undang jenayah syariah dan berjaya menggubalnya melibatkan qisas dan takzir.

Menurut beliau, sebelum dilulus di Kelantan melalui Dewan Undangan Negeri (Dun), terlebih dahulu dianjurkan satu seminar untuk didedahkan kepada umum dengan kerjasama Parti Melayu Semangat 46 di Hotel Concord tahun 1993.

"Kita menjemput parti-parti politik, kerajaan dan pembangkang, NGO Islam dan bukan Islam. Umno tidak hadir. Dan berlaku dialog dalam seminar itu. Saya dan Almarhum Haron Taib ditugaskan untuk membentangkan draf rang undang-undang itu," kata beliau.

"Kita menerima pandangan-pandangan, kritikan dan berbagai-bagai, kita menjawab semua persoalan dan hujah yang dikemukakan dan kita buat semula kepada jawatankuasa ini. Maka akhirnya setelah dikemaskini maka diluluskan dalam DUN Kelantan, saya difahamkan Tuanku Sulatan Kelantan tandantangani kelulusan cuma tidak digazetkan," katanya.

Langkah sama katanya dibuat di Terengganu selepas PAS menang pada Pilihan Raya Umum (PRU) 1999.

"Akhirnya kita lulus di DUN Terngganu dan Tuanku Sultan Terengganu tandatangan dan digazetkan pada 1 Ramadan. Malaangnya PAS tidak menang di Terengganu pada 2004," jelasnya.

Sambut baik tapi hati-hati

Menurut beliau lagi, Isu hudud tidak wajar menjadi isu politik kenara ianya adalah tanggungjawab orang Islam.Mengulas sambutan baik Umno setakat ini, beliau berkata PAS menerimanya secara positif namun tetap perlu berhati-hati.

Tegasnya, Umno yang menguasi kerajaan pusat perlu menggunakan segala kemudahan untuk memberi ruang kepada Kelantan bagi membolehkan undang-undang Islam ini dapat dilaksanakan.

"Isu ini adalah isu orang Islam, dan orang bukan islam jangan rasa bimbang dan rasa takut kerana ini berkait dengan orang Islam sahaja.

"Adapun orang bukan Islam sepatutnya tunggu, lihat dan faham. Kita bersedia untuk memberi penjelasan," katanya.

Menurut Ustaz Hadi lagi, undang-undang syariah kini satu keperluan kerana negara sedang menghadapi gejala jenayah yang sangat parah, khususnya jenyah yang berat dan tidak ada kehebatan undang-undang boleh membendungnya.

"Kehebatan undang-undang kena ada, malangnya kita dapati tidak ada kehebatan undang-undang, penjenayah tidak takut. Jadi perlu kepada satu undang-undang yang mendidik penjenayah supaya gerun.

"Dan perlu difahami konsep undang-undang jenayah Islam ialah mendidik masyarakat bukan menghukum masyarakat.

"Oleh sebab itu, konsep kehakiman Islamnya seorang hakim mesti mencari jalan untuk membebaskan orang yang dituduh, bukan hendak hukum semata-mata," katanya.

Beliau juga turut mengingatkan rakyat Malaysia supaya tidak mempolemikkan isu hudud ini sehingga melupakan penentangan terhadap isu Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) dan Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA). -

seterusnya di sini Presiden Pas 

 

2 ulasan:

  1. Hari ini saya ingin mengunkapkan tentang perjalanan hidup saya,karna masalah ekonomi saya selalu dililit hutang bahkan perusahaan yang dulunya saya pernah bagun kini semuanya akan disitah oleh pihak bank,saya sudah berusaha kesana kemari untuk mencari uang agar perusahaan saya tidak jadi disitah oleh pihak bank dan akhirnya saya nekat untuk mendatangi paranormal yang terkenal bahkan saya pernah mengikuti penggandaan uang dimaskanjeng dan itupun juga tidak ada hasil yang memuaskan dan saya hampir putus asa,,akhirnya ketidak segajaan saya mendengar cerita orang orang bahwa ada paranormal yang terkenal bisa mengeluarkan uang ghaib atau sejenisnya pesugihan putih yang namanya Mbah Rawa Gumpala,,,akhirnya saya mencoba menhubungi beliau dan alhamdulillah dengan senan hati beliau mau membantu saya untuk mengeluarkan pesugihan uang ghaibnya sebesar 10 M saya sangat bersyukur dan berterimakasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala berkat bantuannya semua masalah saya bisa teratasi dan semua hutang2 saya juga sudah pada lunas semua,,bagi anda yang ingin seperti saya dan ingin dibabtu sama Mbah silahkan hubungi 085 316 106 111 saya sengaja menulis pesan ini dan mempostin di semua tempat agar anda semua tau kalau ada paranormal yang bisah dipercaya dan bisa diandalkan,bagi teman teman yang menemukan situs ini tolong disebar luaskan agar orang orang juga bisa tau klau ada dukun sakti yg bisa membantuh mengatasi semua masalah anda1.untuk lebih lengkapnya buka saja blok Mbah karna didalam bloknya semuanya sudah dijelaskan PESUGIHAN DANA GHAIB TANPA TUMBAL

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum wr.wb mohon maaf kepada teman teman jika postingan saya mengganggu anda namun apa yang saya tulis ini adalah kisah nyata dari saya dan kini saya sangat berterimah kasih banyak kepada Mbah Rawa Gumpala atas bantuan pesugihan putihnya tampa tumbal yang sebesar 15m kini kehidupa saya bersama keluarga sudah sangat jauh lebih baik dari sebelumnya,,saya sekaran bisa menjalanka usaha saya lagi seperti dahulu dan mudah mudahan usaha saya ini bisa sukses kembali dan bermanfaat juga bagi orang lain,,ini semua berkat bantuan Mbah Rawa Gumpala dan ucapa beliau tidak bisa diragukan lagi,bagi teman teman yang ingin dibantuh seperti saya dengan pesugihan putih bisa anda hubungi di no 085 316 106 111 jangan anda ragu untuk menghubuni beliau karna saya sud ah membuktikannya sendiri,karna Mbah tidak sama seperti dukun yang lain yang menghabiskan uang saja dan tidak ada bukti sedankan kalau beliau semuanya terbukti nyata dan sangat dipercay,,ini unkapan kisah nyata dari saya pak Rudi di semarang.Untuk lebih lenkapnya silahkan buka blok Mbah di ��PESUGIHAN PUTIH TANPA TUMBAL��

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)