Cabang

Ahad, 1 Mei 2011

Melayu Disumpah Umno?


Rakyat terus dipaksa melayan karenah pemimpin-pemimpin Umno yang kemaruk mengekalkan kuasa mereka. Mereka menggunakan segala kekuatan jentera yang dibayar oleh rakyat antaranya media, polis dan perkhidmatan awam untuk memberi imej buruk kepada pemimpin-pemimpin parti lawan.


Mereka mencipta fitnah yang cukup terancang, satu demi satu mereka keluarkan buat tatapan rakyat sehinggakan ada sesetengahnya termakan dengan hasutan dan tipu helah ini. Walaupun pada mulanya sukar untuk dipercayai tapi kerana olahan penulis/pereka upahan yang diulang tayang siang dan malam tidak mustahil ada termakan umpan.



Sehingga ada tokoh-tokoh agama yang merasakan 'sumpah laknat' seperti yang dipermainkan oleh pemimpin-pemimpin Umno perlu/terpaksa dibalas semula demi menjaga kesucian Islam yang tidak pernah diambil peduli oleh mereka.



Rakyat terpaksa membayar dengan 'harga' yang cukup mahal untuk terus melihat lakonan-lakonan pemimpin-pemimpin Umno walaupun tahu ianya jijik dan memualkan.



Mari kita berdoa kepada Allah supaya memberi kekuatan menangkis segala tipu helah pengkhianat sebenar negara. Buangkan segala khurafat yang terlalu lama menghantui orang-orang melayu khususnya yang sentiasa digambarkan 'Hanya Umno Yang Memberi Keamanan', 'Hanya Umno Yang Memberi Kemajuan', 'Hanya Umno Yang Memberi Rezeki',dan yang paling masyhur adalah 'Hanya Umno Yang Mampu Menyelamatkan Melayu'. Buang jauh-jauh Khurafat besar ini. wallahua'lam.



KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.

Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain berniat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai ‘tenaga orang Melayu’
Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya, video seks disebarkan itu meragukan apabila raut wajah individu tidak difokuskan dengan jelas.

“Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.

Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.

Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak mengulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.

Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.

Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara. SH

1 ulasan:

  1. Sepertinya politisi yang sedang berkuasa dimana mana sama.

    BalasPadam

cetusan ranting 1 (terkini)