Cabang

Jumaat, 22 Julai 2011

Bantu Ashraf supaya rakan-rakannya undi BN ?

Jawapan di Parlimen oleh Datuk Shahrizat Jalil Menteri Pembangunan Wanita,Keluarga dan Masyarakat pada 27 April 2011....

Tuan Yang Di-Pertua,

(a) Kerajaan memandang serius fenomena rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup sebagai transeksual. Gaya hidup ini bukan merupakan corak kehidupan kita dan bertentangan dengan ajaran agama serta nilai hidup masyarakat negara ini.

Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat tidak mempunyai statistik mengenai bilangan rakyat Malaysia yang mengamalkan gaya hidup transeksual kerana kebanyakan daripada golongan ini tidak berani tampil mendedahkan identity sebenar diri mereka.

Walaubagaimanapun,Bengkel Konsensus Kebangsaan ‘Estimation and Projection of the HIV’ yang dianjurkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan bantuan pakar daripada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada 26-29 Mei 2009, Expert Group Opinion on Estimation of Most at Risk Populations (MARPs) menganggarkan terdapat seramai 173,000 gay, 50,000 pekerja seks perempuan, 5,000 pekerja seks lelaki dan 5,000 transeksual di Malaysia.

Menurut Prof. Dr. Teh Yik Koon, berdasarkan anggaran yang dibuat oleh sebuah NGO yang dikenali sebagai Pink Triangle Foundation terdapat 10,000 Mak Nyah di Malaysia di mana 50.7% adalah Melayu, 27.5% Cina, 7.8% India dan 14% adalah daripada lain-lain kumpulan etnik minoriti (Teh, 1998:169). Sehingga kini, tiada sebarang data yang menunjukkan bahawa mak nyah di negara ini menyara hidup dengan menjadi pekerja seks.

(b) Hak asasi golongan transgender untuk hidup sebagai manusia biasa (human rights) tidak dinafikan. Golongan ini masih berpeluang mendapat pekerjaan sekiranya mereka berkelayakan dan memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh majikan.

Kerajaan masih menyediakan perkhidmatan sokongan sosial bagi membantu golongan ini terutamanya kepada yang ingin kembali ke pangkal jalan. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga, dan Masyarakat dengan kerjasama sebuah pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) telah menubuhkan Pusat Bantuan Khidmat Sosial (PBKS) di kawasan Chow Kit, Kuala Lumpur.

Tujuan penubuhan pusat ini adalah untuk membantu tiga golongan yang berisiko dijangkiti HIV/AIDS iaitu orang yang hidup dengan HIV/AIDS (ODHA), pekerja seks wanita dan transgender (Mak Nyah). Antara perkhidmatan yang disediakan di PBKS ialah kaunseling, rujukan kepada agensi-agensi berkaitan (seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Tenaga Kerja, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Baitulmal dan Pusat Zakat), pusat persinggahan (drop-in centre) dan pendampingan (outreach).

Kerjasama yang erat juga dibentuk dengan agensi-agensi Kerajaan seperti Kementerian Kesihatan dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia bagi melengkapkan perkhidmatan sosial kepada golongan ini.
Berikut pula adalah seruan dari Datuk Dr. Mashitah Ibrahim setelah permohonan menukar status Mohd Ashraf Hafiz ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu...

"Sambil membidas tindakan segelintir masyarakat yang terus menghukum Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz yang memohon kepada Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu menukar nama dan status jantinanya, beliau berkata masyarakat perlu menawarkan bantuan bagi mengelak golongan itu terus terumbang ambing".selanjutnya di sini

nota khunsa : Semakin hari semakin meningkat populasi golongan maknyah dan khunsa di Malaysia menyebabkan mereka akan diberi perhatian oleh kerajaan agar memberi sokongan kepada Barisan Nasional. Jika mahu permohonan diluluskan pakat-pakatlah undi BN nanti...ada paham ka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)