SHAH ALAM – Penganjuran Wacana Sinar Harian ‘Apa Selepas 9 Julai?’ di auditorium Kumpulan Media Karangkraf di sini Selasa depan tidak mempunyai sebarang agenda politik.
“Matlamat utama wacana ini ialah satu perbincangan ilmu untuk percambahan fikiran masyarakat,” kata Penasihat Eksekutif Editorial Karangkraf, Abd. Jalil Ali.
Beliau mengulas pandangan sesetengah pihak, termasuk menerusi blog, kononnya akhbar harian tersebut mempunyai agenda politik dengan mengundang tokoh-tokoh tertentu menyertai debat terbuka.
Menurut Jalil Siri Wacana Sinar adalah acara bulanan di bawah program ‘Karangkraf Peduli’ yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tahun lalu.
“Dalam program Karangkraf Peduli itu kita memfokus kepada lima kempen utama iaitu Peduli Jujur (membanteras rasuah), Peduli Iqra (ilmu pengetahuan/pendididikan), Peduli Alam (penjagaan alam sekitar), Peduli Muafakat (kejiranan, kerjasama dan keamanan) dan Peduli Duafa (kebajikan kepada golongan yang memerlukan)
“Untuk program wacana ini menerusi kempen Peduli Muafakat kita mengharapkan perbincangan ilmu secara terbuka ini dapat menghasilkan sesuatu yang positif untuk kebaikan semua,” katanya.
Menurut Jalil, ia sebahagian daripada program tanggungjawab sosial syarikat (CSR) yang memberi ruang dan pentas terbuka bagi mewujudkan rakyat Malaysia yang celik minda menerusi program Wacana yang sudah diadakan sejak awal tahun.
Wacana siri ke-5 ini membariskan anggota panel Datuk S. Ambiga (Bersih2.0), Datuk Wan Ahmad Wan Omar (SPR), dan Prof Datuk Shamsul Amri Baharuddin (KITA, UKM), dan dipengerusikan oleh Wan Saiful Wan Jan (IDEAS).
Mengulas lanjut mengenai tajuk perbincangan dan anggota panel yang dipilih, Jalil berkata:
“Walaupun sudah dua minggu berlalu, insiden 9 Julai masih hangat diperkatakan, jadi kita menyediakan ruang untuk pihak yang terlibat bersemuka dan membentangkan fakta masing-masing secara terbuka.
“Ini pertama kali wakil SPR, Bersih dan akademik dipertemukan di hadapan audiens untuk satu perbincangan ilmiah, wacana ini bukan siri hentam-menghentam mengikut emosi.
“Saya suka menegaskan ini bukan pentas politik tetapi ruang perbincangan sihat sebagai saluran percambahan minda masyarakat, khasnya kepada pembaca Sinar Harian,” tambahnya.
Wacana akan bermula 2.00 hingga 5.00 petang dan orang ramai dipersilakan datang tanpa sebarang bayaran.
“Tempat duduk terhad, jadi saya nasihatkan hadirin datang awal. Auditorium kami hanya boleh menampung kira-kira 400 orang, tetapi seperti biasa kami menyediakan kerusi dan skrin tonton di luar dewan.
“Seperti siri-siri sebelum ini kami menerima sambutan yang amat menggalakkan dan mereka bersedia untuk mengikuti acara di luar auditorium tanpa sebarang masalah,” katanya.
Berdasarkan publisiti meluas, termasuk menerusi portal berita dan laman web, beliau menjangka sambutan kali ini lebih hebat, “tetapi saya yakin semuanya akan berjalan baik seperti biasa kerana hadirin semua matang dan tidak emosional.”
Mengenai larangan supaya hadirin tidak memakai pakaian yang menonjolkan parti atau kumpulan, beliau berkata:
“Kemeja-T kuning berlogokan Bersih tidak dibenarkan oleh polis, kita kena akur dengan peraturan. Petugas kami berhak menghalang mereka masuk jika didapati tidak mematuhi peraturan,” katanya. Editor SH
nota FRU : Walaupun Pengerusi Bersih 2.0 diugut dan difitnah dengan macam2 label oleh pendokong Apco laknatullah, beliau tetap diiktiraf di UK dan akan mendapat anugerah Doktor Perundangan dari sebuah universiti di sana...Rosmah kompom makin jeles huahuahua!
Cabang
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
cetusan ranting 1 (terkini)
-
-
Anwar seperti tidak ghairah untuk kuasai Kelantan & TerengganuSehari yang lalu
-
-
-
SUKA MUHONGSetahun yang lalu
-
ayamSetahun yang lalu
-
RANCANGAN JAHAT ZELENSKY2 tahun yang lalu
-
UMNO TAK BERHATI PERUT2 tahun yang lalu
-
Penulis Lirik Jadi Sasterawan Negara2 tahun yang lalu
-
Pesan Idulfitri oleh Amir Imarah Islam Afghanistan2 tahun yang lalu
-
KEJAMNYA UMAT MANUSIA AKHIR ZAMAN3 tahun yang lalu
-
-
Cerita di sebalik penjualan Pusat Pendidikan Al-Barakah6 tahun yang lalu
-
Gendang dah berbunyi6 tahun yang lalu
-
Pakatan Sunni-Israel: Imaginasi atau realiti?7 tahun yang lalu
-
Dulu miskin, sekarang naik ‘business class’7 tahun yang lalu
-
Jom kita lihat isu ni pulak -8 tahun yang lalu
-
Cara Menghilangkan Kutu Rambut Ampuh9 tahun yang lalu
-
RATIB UG ... TIMBUL TIMBALAN PERDANA MENTERI9 tahun yang lalu
-
POLIS - Ini tragedi luar biasa...10 tahun yang lalu
-
PAS Batu Gajah buat perubahan11 tahun yang lalu
-
Tahaluf Siyasi PAS Bersama Pakatan Rakyat12 tahun yang lalu
-
Antara madet dan setan12 tahun yang lalu
-
Team Pemikir Muhyiddin Segaja Untuk Singkirkan Najib12 tahun yang lalu
-
Menteri Pengangkutan sahkan kapal Israel berdagang di Malaysia12 tahun yang lalu
-
PROJEK IC PALSU: UMNO/BN GADAI MARUAH NEGARA13 tahun yang lalu
-
-
UMNO.....taktik rempuh bawa padah15 tahun yang lalu
-
-
Tiada ulasan:
Catat Ulasan