Cabang

Sabtu, 22 Oktober 2011

HIMPUN : Umno perlu benar-benar serius dengan kes Murtad - Cikgu Azmi


oleh : Yow Hong Chieh

SHAH ALAM, 22 Okt — Peruntukan untuk melindungi sensitiviti agama dan kedudukan istimewa Islam perlu dijadikan sebahagian daripada undang-undang baru yang akan digubal bagi menggantikan Akta Keselamatan Dalam Negeri, gesa Sekretariat Himpunan Sejuta Umat (Himpun) hari ini.

Pengerusi bersamanya Mohd Azmi Abdul Hamid menekankan bahawa peruntukan itu perlu disepadukan dalam dua undang-undang baru, yang dijangka akan digubal tahun depan, bagi memastikan keharmonian agama dan kaum di Malaysia dipertahankan.

Malah kata beliau, enakmen peringkat negeri untuk mencegah kes-kes murtad di kalangan Muslim tidak mencukupi dan perlu diperbaiki.

Sehubungan itu beliau menggesa pihak berkuasa agama Islam agar melihat kes-kes murtad dengan lebih serius.

“Kami merasakan tidak cukup. Kita tidak serius dalam mengadakan penguatkuasaan,” kata beliau kepada pemberita selepas menutup gerakan Himpun di Stadium Shah Alam di sini.

Sambil tidak menafikan bahawa ada kelemahan dalam pengagihan duit zakat, Azmi berkata, ia tidak bermakna agama-agama lain mengambilnya sebagai peluang untuk menyebarkan kepercayaan mereka ke atas Muslim.

“Kesemua agensi ada kelemahan, bukan hanya agensi agama. Tetapi ada pihak mengambil peluang dengan kelemahan,” katanya.

“Ia tidak betul,” katanya.

Bulan lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan dua undang-undang termasuk ISA akan dimansuhkan. Ia akan digantikan dengan dua akta baru, dijangka tahun depan.

sumber di sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

cetusan ranting 1 (terkini)