Ya Allah andai ini Ramadan yang terakhir,
Janganlah Engkau pisahkan kami dengan amal yang tercalar,
Dek sombong dengan pangkat dan gelar,
Janganlah Engkau pisahkan kami dengan amal yang tercalar,
Dek sombong dengan pangkat dan gelar,
Dek hasad dengki, dendam kesumat dan fitnah yang liar.
Hingga putusnya rasa saudara, dek kecil hati,
Hanya kerana khilaf telinga mendengar.
Hingga putusnya rasa saudara, dek kecil hati,
Hanya kerana khilaf telinga mendengar.
Ya Allah andai ini Ramadan yang terakhir,
Betapa malunya kami menyerahkan kefarduan solat,
kewajipan puasa dan zakat,
sedangkan sangat sedikit kami melaksanakan tuntutan yang sunat
lagi jarang kami buat.
lagi jarang kami buat.
Apapun, ya Allah,
Terimalah ibadat kami yang tidak sempurna segala laku dan sifat,
Terimalah iman kami yang degup jantungnya tidak lagi kuat.
Terimalah ibadat kami yang tidak sempurna segala laku dan sifat,
Terimalah iman kami yang degup jantungnya tidak lagi kuat.
sumber Al-Kurauwi
Tiada ulasan:
Catat Ulasan